Pages

Sunday, October 27, 2013

sebuah panggung dan wacana Ahad;

bismillah

kalau bukan three idiots, nayak, black, dan taare zameen par, 'vivaah' (a journey from engagement to marriage) juga antara filem-hindi-favorit.

selain konsep ta'aruf antara bakal suami isteri yang 'diketengahkan', persis dalam Islam, saya sangat menggemari watak Poonam; seorang gadis tradisional, graduan jurusan ekonomi, pembaca tegar, dan punya 'value' yang sedia dibina dan terbina dalam dirinya. 

dan program wacana wanita yang saya berkesempatan hadiri tadi, tiba-tiba membuatkan saya terkenangkan dialog ini;

"for Poonam, i seek a home where her values will be respected"

seorang ayah (lelaki) yang sangat menghormati nilai dan prinsip seorang anak (perempuan), yang bagi saya sangat istimewa!

percayalah, lelaki yang membuatkan perempuan 'merasakan' ini, akan membuatkannya lebih bersungguh-sungguh berusaha menjaga kehormatan dan harga dirinya. terlebih-lebih, seorang ayah. 

--

"VALUES"

usai program ini, yang paling membuatkan saya termuhasabah panjang ialah, tentang 'value' dan prinsip yang telah sedia tertanam dalam diri. apa? sejauh mana? baik atau buruk? dan sebagainya.

saya tertarik pada cerita si anak palestin yang apabila diberi gula-gula, akan dikongsikan dengan kawan-kawannya yang lain. nilai yang tampak sangat sederhana, tetapi dari mana terbentuk, kalau tidak terlebih dahulu dimulakan daripada ibunya?

saya juga sangat kagum pada peribadi penceramah sendiri, yang mengelakkan diri daripada berdusta, meski untuk menghentikan tangisan anaknya. tiada janji-janji kosong semacam "nanti mummy beli coklat", "nanti abah beli mainan", tetapi akhirnya tak terbeli. nilai yang sepertinya kecil, tetapi andai tak dibenahkan sejak mula, manakan akan terwujud dalam gerak dan tingkah, terlebih-lebih peribadi.

saya selalu percaya, didikan daripada seorang ibu akan lahir secara 'spontan', 'jujur', 'semulajadi', tidak akan mampu dibuat-buat atau dipaksa-paksa. apa yang tersibghah (acuan) dalam peribadi, itulah yang akan tertonjol. apa yang terlihat, itulah yang akan dicontohi, dari sekecil-kecil perkara hinggalah ke sebesar-besarnya.

hinggalah kepada 'values' yang lebih besar; 'izzah (yakin dan bangga) dengan diri sendiri, berterima kasih dengan Allah dalam nikmat mahupun ujian, cintakan ilmu, berani kerana benar, mencintai saudara yang jauh, menjaga maruah dan peribadi, dan sebagainya!

andai ibunya 'berani', maka yang tertonjol adalah nilai keberanian. andai ibunya 'gigih', maka yang tertonjol adalah nilai kegigihan. andai ibunya 'jujur', maka yang tertonjol adalah nilai kejujuran. andai ibunya 'beriman', maka yang tertonjol adalah nilai keimanan.

dan subhanallah, untuk nilai-nilai jahiliyyah yang banyak, masih belum terkikis dalam diri, tidak sanggup rasanya untuk kesemuanya semulajadi tertonjol dalam 'didikan-tanpa-sedar' seorang ibu ini nanti.

Allah, soleh solehahkanlah kami,
lebih tegartabah mentarbiyah diri. 

ameen.

____
watak 'hero' Prem yang open-minded, menuntut journalism dan sastera, emosional, lagi-lagi sewaktu dia tiba-tiba jujur bercerita sewaktu proses ta'aruf; "saya pernah berminat pada seorang perempuan, rakan sekelas sewaktu di kolej. saya juga pernah merokok, tetapi itu yang pertama dan itu yang terakhir", juga mengagumkan!

 ps:

"one of the best things you can do for your children is to continue to grow - spiritually, mentally and emotionally. if you’re not growing you’re really regressing. growing in your iman, stretching your mind and finding out what feeds your soul will make for a happier and healthier you. making time for your relationship with Allah should be the first thing in your life. out of that relationship flows your ability to love and care for your family and relate well to the world around you."

- art of mothering (fb) 

2 comments:

Anis said...

Terkena.

Tapi itulah kak, anis cuba apply metode ke'ibu'an dalam ke'murabbi'an dgn adik2. Adik2 mutarob kita pun boleh diumpamakan dengan anak-anak di atas kan?
:)

Umairah. said...

anis;

subhanallah, sangat betul. dan nak mewujudkan nilai demi nilai tu, sangat perlu mujahadah.

hmm.

moga Allah sentiasa benihkan kemahuan dalam diri kita untuk istiqamah belajar, belajar, belajar

ameen :')