Pages

Sunday, October 13, 2013

sebuah "bittersweet" sebelum Maghrib;

bismillah

ini antara ayat al-Quran yang saya sangat suka. 
"sesungguhnya apa yang kamu sembah itu musuhku, lain halnya Tuhan seluruh alam. iaitu yang telah menciptakan aku, maka Dia yang memberi petunjuk kepadaku. dan yang memberi makan dan minum kepadaku. dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkanku. dan yang akan mematikan aku, kemudian akan menghidupkan aku kembali. dan yang sangat kuinginkan akan mengampunkan kesalahanku pada hari kiamat"
(as-syu'ara': 77- 82) 

kedekatan dan kebersamaan Ibrahim A.S yang penuh, memaknakan manisnya hidup ber-Tuhan. subhanallah, ketauhidan yang sungguh-sungguh! makan minum, sakit sihat, hidup mati, yang sesungguhnya dari Allah, dan untuk Allah.

menjadi salah satu impian dan doa, untuk pertama-tama menanamkan 'ketauhidan' yang ini di dalam diri, juga untuk mereka-mereka yang bakal 'tumbuh' dari dalam diri.   

Allah, perkenankan.

ketauhidan yang mendarah ini, termasuklah sampai meletakkan urusan maksiat diri (juga) menjadi bahagian dari urusan-Nya. masih diserahkan, untuk Dia yang uruskan, dorongkan dan tunjukkan. sebagaimana Yusuf A.S berteriak melaungkan "ma'adzallah!", walaupun saat hatinya sangat cenderung pada dosa.

"Yusuf berkata: Aku berlindung kepada Allah" (Yusuf: 23)

"Dan sungguh, perempuan itu telah berkehendak kepadanya (Yusuf), dan Yusuf pun berkehendak kepadanya. sekiranya dia tidak melihat tanda (dari) Tuhannya" (Yusuf: 24) 
--

ya, memang urusan hati Allah yang pegang.

namun meski dalam kuasa penjagaan-Nya, masih ada hati-hati yang 'tergelincir', lantaran tanpa 'penyerahan' yang total. hatinya tertahan, tidak mahu 'diserahkan', menjadi 'korban' paling baik buat Allah.

lalu, Allah 'biarkan' saja sesat, tanpa diberi peringatan, mahupun petunjuk.

"maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuan-Nya, dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya? maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat)? mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?" 
(al-jaasiyah: 23)

Allahhu!

satu hal yang paling menyakitkan dalam 'cinta', hakikatnya bukan 'dimarahi', 'diuji', atau 'disakiti' dengan pergiliran ujian demi ujian. 

namun, paling menyakitkan adalah apabila tidak dipedulikan lagi walau seinci. pedih, sakit, dan seksa yang sebenar adalah apabila Dia mula memutuskan; "terserah, mahu perbuat apa!"

Allah, tenangkan jiwa, bahawa segala yang menjadi 'korban' untuk-Mu, adalah yang terbaik dan paling baik. sakitnya adalah cinta. pedihnya adalah cinta. seksanya juga adalah cinta.

"Wahai Yang Maha Hidup dan Maha Menguruskan, dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan. perbaikilah semua urusanku dan jangan Engkau serahkan aku kepada diriku walaupun sekelip mata." 
(HR an-Nasa’i dan al-Hakim)

ajarkan kami, tadhiyyah (pengorbanan) yang manis!
ameen.

--

ps: kawan-kawan, selamat berpuasa esok (9 Zulhijjah). saling menembak doa, moga berkahnya sampai menggegarkan langit-langit 'Arafah :')


No comments: