Pages

Wednesday, September 4, 2013

SATU KATA

kita selalu mencuba
menampal rongak,
atau menahan bocor,
dalam ruang kata-kata.

hingga akhirnya kita sedar,
berkata “Allah..” sahaja
sudah cukup,
urat mata pun mafhum
tiba-tiba menangis.

termaklum semua,
-lepas.

No comments: