Pages

Thursday, July 25, 2013

(terpublish tanpa tajuk, fuh)

sudah lama tidak menulis dengan jiwa. dan, (aha!) secawan kopi selalu menendang rasa-rasa mahu menulis.

nah, (maaf), saya cuma mahu tulis sebebasnya!


bismillah

(i)

saya ke sini, ke sini, dan ke sini.
 
kata anis matta, satu saat kita akan merasa 'kosong'. 'ke sini' saya yang berulang-ulang kali itu, saya temukan 'kosong' yang saya cari.
 
'kosong' pada pagi hari yang tenang, bersambut lantunan al-Quran. 'kosong' pada secawan kopi. 'kosong' pada ampaian. 'kosong' pada selipar hijau askar yang 'sret, sret, sret' bunyinya. 'kosong' pada rak buku. 'kosong' pada gelanggang depan blok G. 'kosong' pada sepasang burung yang selalu dihendap saban malam. 'kosong' pada tangga tinggi. 'kosong' pada ruang privasi dar al-hikmah (perpustakaan).
 
rupanya yang 'penuh' itu, mungkin bersebab bila ada kamu. tapi, untuk semua ini bukankah Allah sedang mengajar tauhid? kebergantungan total pada Dia semata-mata, dan bukannya orang lain?

sampaikan suatu hari, terasa Allah berbicara langsung bila saya tertemukan ini;
"apa yang ada di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal" (an-nahl: 96)
 
tiada yang kekal melainkan Allah, sekuat dan sekukuh apapun ikatan dunia, sebab cuma Allah, Al-Baqi' (Maha Kekal).
"..he cried that night for all that he lost, but he would say it taught him a valuable lesson: that holding on things, "will only break your heart". so he avoid attachment.."  
- the time keeper, pg. 19

ya, ya, ya, saya tahu saya sangat emosi.
tapi, terima kasih Allah!

(ii)

ujian (perang diri) sepanjang tempoh sebulan dalam 'suasana' baru ini (ehem, saya masih di maratib amal terbawah, eceh), membawa diri lebih mengenal manusia.

bukan, sebetulnya lebih mengenali diri sendiri.

bahawa saya belum sesungguhnya bersedia memaafkan diri, bila berbuat dan terbuat salah; ego, sombong, dan bongkak! belum sesungguhnya memberikan diri 'ruang' untuk dicintai dan mencintai. belum sesungguhnya ikhlas mendepani hari-hari baru yang sepenuhnya beda. belum sesungguhnya meletakkan kepercayaan kepada orang lain untuk mengenal diri. belum sesungguhnya 'membuka' diri, hinggakan kejanggalan itu bukan datang dari orang lain, tapi muncul kerana diri sendiri sebenarnya, hmm.

dan apa-apa yang 'kurang' dari orang lain, saya lebih memilih untuk cuba dan berusaha memahami orang lain, sebagaimana diri mahu difahami.

"you get what you give"

ya, ya, ya, saya tahu saya sangat kompleks.
tapi, terima kasih Allah!

(iii)

saya fikir saya perlu 'ruang'. saya fikir saya tidak selayaknya di sini. saya fikir saya tidak patut pun berada di sini. saya fikir, saya patut kembali semula ke masa-masa lalu, dan menjadi saya. 'saya' yang saya fikir, 'saya' yang sebenar-benarnya.

namun setelah merasionalkan semuanya, saya mula bertanya; "sampai bila?" sedangkan manusia 'move on!'. hakikatnya, kita bukan sedang mencari diri, tapi kita mencipta diri.

maka, bila Allah meletakkan dan merencanakan perjalanannya harus begini, moga saya tak 'lumpuh' dengan cuma berfikir masa lalu, hingga tak mampu berjalan, merencana hari-hari baru.

Allahhu!

ya, ya, ya, saya tahu saya sangat filosofi malam ini.
tapi, terima kasih Allah!

(iv)

untuk saya;



ini antara imperfection yang saya cuba dan masih baiki. mohon doa, mohon kritikan. bekerja sebagai pembantu editor (alhamdulillah!), menemukan saya dengan pelbagai hikmah.

pertama kali hasil kerja ini diubah, dan direncanakan mengikut kehendak penasihat, saya merasakan diri saya hilang dalam cerpen dan tulisan sendiri. tidak semulajadi, dan 'bukan' saya. namun, sesuatu yang saya belajar, hakikatnya segala keputusan syura sentiasa yang terbaik.

selalu mengajar  keikhlasan niat dan ketundukan hati, bahawa ini bukan karya saya, tapi milik bersama.

oh, sebarang kritikan, pembaikan, cadangan, salurannya yang ini dan ini.

(v)

Ramadhan lalu, Imam tersedu-sedan melantunkan ayat ini (12:86). Ramadhan ini, Imam penuh sayu membawakan perasaan Ya'akub A.S dalam dirinya, sewaktu melintasi ayat ini (12: 93-94)

"..قال أبوهم إني لأجد ريح يوسف"

al-Quran selalu punya cara interaksinya tersendiri. hari ini tertemukan 'ibrah lain, esok-esok lain pula. subhanallah!

moga Allah meletakkan cinta pada yang satu ini, selalu dan selalu.

yang terakhir kalinya, kata dr. halima dalam slot kulliyatunnisa' tadi;
"be a newborn baby. let's start a new page, -with Allah".

Rabbi, sahhil li kulla khayr,
ameen.


ps:
terasa sungguh 'kesayaan' malam ini ._.
ampun, salam ramadhan 16!

 
 

3 comments:

nusrah said...

umy, to be honest, sy pun manusia yg kompleks, emosi dan filosofi.
bezanya, umy boleh terjemahkan kesemuanya dlm bentuk paling indah. jazakillah. take care. :) jaga kesihatan ya dalam Ramadhan ni..

Anonymous said...

Betul kata Kak Nusrah, you did wrote this perfectly.

Macam menterjemah ke'kompleks' san diri sendiri? Entah. Tak tahu ayat yg lebih ringkas. Kadang kadang untuk kenal diri, kita kena selalu baca hadam dari sisi pandang orang lain. Yang ini buat Mir rasa faham diri sendiri semula, walau sisi, dan jalan cerita kita tak sama. Tapi, ini membantu saat rasa jiwa hambar kosong, dan terbabas babas.

Jazakillah juga. Salam ramadhan 17. Moga Allah selalu redha. Take care selalu kak Umairah! :)

faaizz d. zul said...

"Tapi, berapa banyak pula yang mendalaminya?" Lynnda tergamam.

MJ #17

***

Seluruh penggiat industri fotografi turut tergamam.

***

selamat berkarya; cerahkan jerebu pembaca dengan tarbiyyah. ;)