Pages

Tuesday, June 18, 2013

cerita-cerita tertangguh;

bismillah
 
(i)


sumaiyyah, uiam


 
hadis ini, sepertinya benar-benar termaknakan, pada hidup yang hampir empat tahun di uia, bumi kecintaan!;
"empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia, iaitu (memiliki) perempuan (isteri) yang solehah, rumah yang bagus (luas), jiran yang baik, dan kenderaan yang bagus."  
(hadis riwayat ibnu hibban)
 
bermula dari yang bawah;
 
kenderaan yang baik, dan rumah yang bagus merangkap ekonomi individu Muslim. sesak, sempit tak punya wang, hidup agak 'susah' sebenarnya. serius, mampu merenggut senyum-senyum riang di kampus.
 
jiran yang baik (termasuklah teman sebilik, compartment berbeza  ataupun bilik bersebelahan, mahupun bilik-bilik yang berdekatan), sangat mempengaruhi 'mood' pagi, petang, malam, selain corak pemikiran, ketenangan hati dan jiwa, tumbesaran rohani, sikap dan tindakan, dan sebagainya.

ustaz emran dalam satu daurah dulu pernah cakap; "bila kita sering-sering bangun malam, atau menghidupkan hari dengan al-Quran, tempias kebaikannya bukan cuma pada kita, tapi juga pada jiran-jiran".

subhanallah.
 
isteri? tahun-tahun akan datang (insyaAllah), kalau diberi keizinan dan peluang, saya akan kembali pada entri ini, dan mengulasnya semula.

buat masa ini, cukuplah saya berkongsi satu kata-kata, waktu tengah sedu-sedan tak tertahan, kata bekas jiran saya;
"kakak, no worries insyaAllah Allah will give all your best friends back in a form of one guy; - your husband!"
oh, bahagia!

dia jiran yang sangat baik, bukan?

Allah yubarik 'alaik!
 
(ii)

"sesungguhnya mereka (apa yang kamu sembah) itu musuhku, lain halnya Tuhan seluruh alam; (iaitu) yang telah menciptakanku maka Dia yang memberi petunjuk kepadaku, dan yang memberi makan dan minum kepadaku, dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku, dan yang akan mematikan aku, kemudian akan menghidupkan aku (kembali), dan yang sangat kuinginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari kiamat"
(as-syu'ara' : 77-82)
 
ini antara kata-kata yang sebenarnya paling banyak bertanya pada diri; "di mana aku meletakkan kebersamaan Allah dalam setiap perbuatanku?"
 
bagaimana mungkin lahirnya Ismail A.S, anak yang berulang-ulang kali diuji 'tercerai-cerai' ikatan secara fizikal, tapi tetap juga memuliakan ayahnya Ibrahim A.S di kedudukan tertinggi setelah Allah S.W.T?

tidak lain tidak bukan, kekuatan cinta dan kebersamaannya dengan Allah yang langsung memurnikan semua perasaan, hingga yang ada semuanya yang benar-benar sahaja!

keyakinannya, ketulusannya, kepercayaannya dan optimisnya menyerahkan seluruh hidupnya hanya kepada yang satu; Allah S.W.T, benar-benar Allah kabulkan, subhanallah!
 
selamat hari lahir dan selamat hari bapa Walid; 12 Jun 2013.
moga ikatan cinta kita, sentiasa terhubung dengan yang di langit!

(iii)

profesi sebagai 'pelajar kampus', buat masa ini dengan izinNya (insyaAllah) telah berganti. doakan profesi ini masih selayaknya benar-benar seorang individu Muslim yang menghidupkan kebersamaan Allah dalam tugas-tugasnya.

masih tetap juga 'belajar', cuma di sini skopnya lebih luas; sekolah kehidupan. semudah, seringkas, serendah apapun, syaratnya bila ada keberkatan, pasti beriringan dengan ketenangan jiwa.

paling penting, mudah-mudahan 'ia' dan 'mereka' sudi memberikan 'nilai', dan 'harga', yang bukan cuma pada diri sendiri, Allahhu!

Allah, mudahkanlah.

(iv)

"ramadhan tiba, ramadhan tiba" - opick


selamat semuanya, kawan-kawan.

ps: lamanya tak update. entri ini terasa sangatlah 'kering'. doakan saya istiqamah, kawan-kawan!
 
 

4 comments:

Jamilah Mohd Norddin said...

Selamat juga buat cik Umairah yang manis. Umy harus baca buku kak Ainunl, sepetang di Kafe biblioholic. :)

Unknown said...

dahagakan tulisan umy :) alhamdulillah! moga istiqamah ya :) salam sayang, salam rindu dari err... 'jiran' blog. hehe <3

Anonymous said...

huda yg terasa 'basah' bace entri ni, rindu kot..lama x update.huhu.

x smpt jumpa jgk b4 blk :(

smg slmt smuanya, doakn huda jgk di sini.

^_^

Umairah. said...

jamilah;
wa'alaikummussalam. umy ada baca reviu jamilah. subhanallah, macam best. insyaAllah, umy cuba dapatkan nanti :) terima kasih.

fatin;
doakan umy. fatin juga, mabruk! dah officially graduated, alhamdulillah. hehe. jiran blog? pun boleh!

huda;
ececey, ye ke rindu? :P insyaAllah, kita akan jumpa lagi nanti. take care huda! ;D