Pages

Saturday, May 11, 2013

hipotesis cinta

bismillah

pencinta akan mencari dan menemukan cintanya. tamsil paling hampir, Qays yang jauh dan dalam sekali mencintai Laila. 

terkisah penuh dalam hikayat dan syair, dia 'buta'. tapi hakikatnya, kalau difikir-fikir, bukankah dia 'celik' sekali dengan laluannya? iaitu Laila, dan kepada Laila. 

titik.

maka, bukankah sebenarnya cukup dengan melihat 'laluan' kita, untuk tahu apa sebenarnya yang kita cinta? ini hipotesis yang pertama.

yang keduanya; sekurang-kurangnya, kalaupun cinta itu tidak benar, selagi dia tahu apa yang dia cinta, laluannya akan jelas dan maklum. tapi, kalau jenis yang masih kabur?

selamat menemukan 'laluan' cinta (yang benar, yang hakiki, yang abadi, yang memberatkan mizan kanan, yang menjadi hujah dan alasan di depan yang Maha Mencinta, yang memimpin diri ke Syurga).  


cc: graduating student

3 comments:

Puteri said...

Mahu mengaku graduating. <3
Laluan yang memberatkan mizan ke kanan ini benar-benar menukar hipotesis jadi fakta: Love is a sweet thorn.

Manis walaupun sakit. Rela dihenyak, disejat. Depan mata terasa berat, bila jauh terasa kosong. Dirindu selalu.

Puteri said...

Mahu mengaku graduating. <3
Laluan yang memberatkan mizan ke kanan ini benar-benar menukar hipotesis jadi fakta: Love is a sweet thorn.

Manis walaupun sakit. Rela dihenyak, disejat. Depan mata terasa berat, bila jauh terasa kosong. Dirindu selalu.

Umairah. said...

mira;
ok, bermakna entri nie difahami dengan sangat mafhumnya! :P

"love is a sweet thorn",
hmm hmm.

doakan selalu.
:')