bismillah
kenapa tidak, kalau yang tercatat dalam sirah mahupun sejarah, kebanyakannya berjiwa halus, sensitif, dan emosional yang didorong oleh iman dan taqwa kepada Allah?
ini antara babak favorit dalam #omarseries, episod ke-27.
ask.fm
tidak pelik untuk seorang wanita yang fitrahnya memang diciptakan lembut, dan mudah menangis. tapi, mungkin kelihatan aneh untuk lelaki yang dimomokkan dengan kekuatan fizikal, dan kemampuan jasmaninya untuk menangis. malah, mungkin dipandang pelik, dan tidak wajar.
hmm, secara peribadi, definisi 'tangisan' di sini (mungkin) lebih terarah pada jiwa halus, sensitif dan emosional. pernah dalam kelas, ustaz menyentuh tentang sensitiviti yang ini. terkait juga definisinya dengan sifat tanggungjawab, peduli, prihatin, malah ghirah (cemburu) andai perempuan Muslimah (terutamanya) tercalar maruah dan harga dirinya. namun, kata ustaz lagi, suasana sekarang sangat berbeza.
(tapi, saya yakin, masih ada, insyaAllah)
--
sensitif? emosional? menangis?
kenapa tidak, kalau Sa'ad bin Ubadah pun sangat pencemburu orangnya, malah Rasulullah mengakui lebih cemburu darinya, dan mengatakan Allah Maha Cemburu kepada hamba-hambanya?
kenapa tidak, kalau Mu'tasim (Khalifah Abbasiyyah) pun sudi menghantarkan bala tentera sepanjang 'ekornya' yang bermula dari pintu kota Baghdad, dan 'kepalanya' yang berakhir di Kota 'Ammuriyyah, semata-mata kerana seorang perempuan yang diganggu hak kehormatannya?
kenapa tidak, kalau Rasulullah S.A.W pernah menangisi pemergian Khadijah r.a, dan sebelumnya pernah bersedih atas kehilangan permata hatinya, Ibrahim?
kenapa tidak, kalau 'Umar R.A pun sudi mendengarkan syair ratap Khansa' terhadap saudaranya, Sakhr, menjiwai dan menangis bersamanya? malah, meminta sekalian yang mengadukan perihal jahiliyah Khansa' itu, berhenti melakukannya, dengan mengatakan;
"داعوها! ما تزال حزينة أبدا، كل امرئ يبكي شجوه""daa'uha! ma tazalu hazinatan abada. kullum riin yabki syajjuhu""tinggalkanlah dia. dia 'kan terus menangis dan bersedih selamanya; (kerana) setiap orang menangisi kecintaannya!"
kenapa tidak, kalau yang tercatat dalam sirah mahupun sejarah, kebanyakannya berjiwa halus, sensitif, dan emosional yang didorong oleh iman dan taqwa kepada Allah?
subhanallah!
--
tiga minit; babak khansa' yang menceritakan perihal saidina 'umar r.a. antara pujiannya terhadap saidina 'umar;
"فما رأيت أحدا أرفق منه، وهو عمر"
"fama roaitu ahadan arfaqo minhu, wa hua 'umar"
"belum pernah aku melihat seseorang yang lebih lembut (hatinya), dan dialah 'umar"
ini antara babak favorit dalam #omarseries, episod ke-27.
--
ps: terima kasih untuk jiwa halus, sensitif, dan emosional 'ammar. walaupun pada cuti semester yang lepas, yang dihadiahkan sebelum balik, cuma sebatang pen setiap seorang. sampai sekarang, sayang nak guna, haha! XD (ok, tipu).
No comments:
Post a Comment