Pages

Saturday, January 19, 2013

entri Rabi'ulawal.

bismillah

OMAR SERIES; sebuah rancangan televisyen yang diterbitkan oleh produksi Arab Saudi, MBC dan QatarTV telah menimbulkan kontroversi kerana menggambarkan susuk tubuh khalifah kedua dalam sejarah peradaban Islam. walaubagaimanapun, kontroversi yang ditimbulkan adalah setimpal kerana rancangan yang ditayangkan dalam bulan ramadhan 1433H (2012) itu berjaya memukau audiens di seluruh pelusuk dunia.


--

"..ada yang setuju, ada yang tidak. ada negara mengharamkan tayangan, ada ulama yang melarang penerbitan dan mereka ada sebab-sebab tertentu.

jadi ada saranan supaya ambil pendekatan sederhana, pasang niat layan cerita-cerita ini dengan melihat natijah watak dan perwatakan serta kisah yang dilakonkan. maknanya, bukan meyakini yang lakonan itu ialah sifat para sahabat yang sebenar-benarnya.

sebab, takut-takut usaha para pelakon, penulis skrip dan team produksi untuk menggambarkan perwatakan dan kisah para sahabat dikhuatiri tidak mencapai apa yang tak diketahui di zamannya.."


--

untuk episod yang keenam dari tiga puluh episod yang baru ditonton, di samping alur indah skripnya, dan lenggok bahasa Arab yang sempurna memukau, (padanlah, sebab ditulis oleh sasterawan Palestin, -Dr. Waleed Seif), kesuksesan terbesar cerita ini pada saya adalah, kemampuannya membuat diri bertanya dan bersoal jawab, merenung paling jauh ke dalam diri; 

"apakah aku Muslim yang benar-benar telah merdeka; tubuh, akal, dan yang terpenting, hati, roh, dan jiwanya?"

hmm?
part ini, terkantoi sedu sedan depan ummi, hoho


--

selain, cerita ini juga sangat informatif dengan memaparkan susur galur kabilah Arab, dan membuat diri berteka-teki, dan membandingkan ilmu sirah di dada dengan yang dipaparkan dalam cerita. 

anda mungkin juga akan begini; "oh, abu jandal..abu jandal..abu jandal.. kat mana ye aku baca pasal dia?" atau mungkin juga begini; "eh, yang baca dalam buku tu, ada terang bla, bla, bla, tapi yang ini? ok, nanti baca balik!", atau mungkin begini; "oh, ayat Quran ni, kat sini rupanya!" atau mungkin begini, mashaAllah, sedapnya bahasa Arab!", di samping, dapat memperbaiki, mengasah, dan mempelajari bahasa Arab melalui medium yang menarik. dan terjemahan bahasa Inggerisnya pun, pada saya, sangat baik, mashaAllah.

paling penting, anda tentu akan menangis. ya, mungkin kerana hebat jalan ceritanya, atau  ya, mungkin kerana berat pedihnya seksa yang tertanggung, atau ya, mungkin juga kerana haru dengan kemerdekaan hakiki yang tertonjol, tapi anda akan lebih menangis kerana terlalu rindukan sosok itu, Baginda Muhammad S.A.W dan sahabiah sezamannya!

mungkin ada kejutan lain, di episod-episod yang seterusnya, insyaAllah. 

salam maulidur rasul, dan selamat menonton!

muat turun; sini

--

ps: dalam episod dua, saya paling suka part ini. waktu sumaiyyah mahu 'merdekakan' hati, roh, dan jiwanya, meski tubuhnya masih milik tuan!


"الآن فقد علمت أنني كنت أمة لله، فلا ينبغي لأحد من خلقه أن يشركه في حكمه
أو يكون له علي سلطة! عمار، خذ الآن إلى نبي الله، وأعاهده على الإسلام كما فعلت!"


"kini, tahulah aku bahawa sesungguhnya aku adalah hamba Allah, maka tiada sesuatu pun dari ciptaanNya yang layak mensyirikkanNya dalam 'pemerintahan'-Nya, atau meletakkan kuasanya ke atasku. 'Ammar, bawalah aku sekarang pada Nabi Allah, dan aku berjanji atas nama Islam, sebagaimana yang telah engkau lakukan."


wallahhu'alam.

2 comments:

NA. said...

terima kasih share :)

Umairah. said...

amie;
sama-sama.
moga bermanfaat (: