bismillah
pagi, selalunya nikmat. lebih-lebih, kalau ada secawan kopi, sebungkus roti jagung gardenia atau sebungkus twiggies, atau dua keping roti bakar. atau maksimumnya, nasi lemak.
tapi, kalau di rumah, di pagi Ahad biasanya, Ummi akan goreng bihun, atau mee. lebih nikmat lagi, layan sarapan depan tivi (ini tidak bagus), sambil tonton 'malaysia hari ini', atau 'assalamualaikum', atau 'nasi lemak kopi o'. lebih-lebih nikmat lagi, kalau sarapan sama-sama satu famili.
dan, di satu pagi Ahad yang malas-malas (sedikit), selepas Subuh, Ummi masuk bilik, dan berbaring di sebelah. maka, aku pun lambat-lambat bangun.
"nak pi mana?"
"nak tolong Ummi masaklah"
"Walid dah beli nasik lemak"
"oh? ok. tapi pinggan banyaklah, Ummi"
"ala, nantilah buat. jomlah, kita sembang-sembang dulu"
dan dengan riangriangrianya (sebab tak payah basuh pinggan) kembalilah semula di sebelah Ummi. itu pagi ternikmat, selain kopi dan nasi lemak. selain kopi dan roti jagung gardenia. selain kopi dan twiggies. selain kopi dan bihun atau mee. sembang yang lebih nikmat dari sembang tv al-hijrah, sembang tivi tiga, atau sembang tivi sembilan.
fikir-fikir balik, bila sudah besar panjang macam ini, kalau dulu Ummi dengar tangis rayu manja, hari ini yang Ummi ingin, mungkin bukan duit gaji dulu, tapi cuma ruang senggang untuk bercakap-cakap, sepasang telinga untuk mendengar, dan mulut, untuk "hmm, hmm. oh? aha! eh, atau ya, ya" untuk setiap aduh keluhnya. giliran dia bermanja, giliran Ummi. hmm?
atau memang, semulajadinya seluruh Ummi di dunia macam ini? ya Allah, jadikan kami anak yang soleh solehah, penyejuk mata jiwa raga!
(ameen)
--
"dan kami wasiatkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. ibunya telah mengandungnya dalam keadaan susah yang bertambah-tambah, dan melahirkannya dengan susah payah juga" (al-ahqaf : 15)
abdullah ibn mas'ud berkata : "aku pernah bertanya kepada Rasul SAW: "perbuatan apa yang paling disenangi oleh Allah SWT? (dalam riwayat lain, dikatakan: perbuatan apa yang paling utama?") maka Nabi SAW bersabda: "berbakti kepada kedua ibu bapa". lalu aku kembali bertanya: "kemudian apa lagi ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "jihad fi sabilillah" (hr bukhari, muslim, at-turmidzi, an-nasai dan lain-lain).
--
disklaimer:
tolong masak di situ bukan tolong menggoreng. tolong sediakan bahan-bahan tu bolehlah. seriusli, berbakti dalam bab masak-memasak tu, masih suam-suam kukulah! ngehehehew.
2 comments:
saya suka bila umy bercerita. :)
Terima kasih dengan perkongsian ini
jamilah;
tapi, kalau naratif macam ni, banyak kali jugak umy fikir. nak publish atau tak, hehe.
terima kasih, jamilah. moga ada manfaatnya, ameen. :)
Post a Comment