bismillah
ada satu jawapan ustaz salim a.fillah dalam slot serumpun (ii) lepas, yang saya rasa sangat menarik. cuma, tak teringat jawapan yang betul-betul persis.
jawab beliau, sewaktu ditanya tentang bila buku "nikmatnya pacaran setelah menikah" ditulis, sebelum menikah, atau selepas menikah?, jawab beliau; "sebelum menikah", namun diperpanjangkan jawapannya dengan satu analogi.
"tapi, keadaan saya (menulis) buku itu, sewaktu itu, persis bilal yang senandungkan azan (seruan untuk solat), tapi ternyata belum solat, dan sedang bersiap-siap untuk solat".
analogi yang sederhana, tapi cukup sempurna, saya rasa.
(mashaAllah!)
--
catatan yang bawah ini, ditulis beberapa bulan lepas. diarkibkan dengan cuma sebagai draf, sebab terlalu tergugat dengan ancaman Allah, "kaburo maqtan 'indallah an taquulu ma laa taf'aluun" (as-saff : 3) namun bila fikir-fikir, tiadalah salahnya kan; kalau catatan ini juga merefleks kata-kata ustaz salim, memanifestasikan diri sebagai 'bilal'; menyeru orang lain, pada saat diri juga sedang bersiap-siap, dan berusaha melakukannya? insyaAllah (ameen!)
--
ada manusia-manusia yang bertanyakan amal apa yang melayakkanya ke Syurga. ini selalu, ini biasa. ini kreatif, namanya.
ada manusia-manusia yang bertanyakan amal apa yang menjauhkannya dari Neraka. ini jarang, ini luar biasa. ini kritis, namanya.
sebab, siapa tahu, amal baik tertolak kerana hal-hal yang aku rasa ringan macam dusta, contohnya? macam suudzhon (sangka buruk), macam membuang masa, macam berwajah masam, macam, macam, macam, macam, macam, hmm?
"daripada ibnu 'abbas r.a dia berkata: Nabi S.A.W melalui salah satu tembok dari tembok-tembok Madinah atau Makkah, lalu Baginda mendengar suara dua orang manusia yang sedang diseksa di dalam kuburnya.
Nabi bersabda: "dua orang sedang diseksa dan keduanya tidak diseksa kerana dosa besar. kemudian Baginda bersabda: ya, yang seorang tidak beristibra' dengan sebersih-bersihnya daripada kencingnya dan yang seorang lagi berjalan dengan mengadu domba. kemudian Baginda minta diambilkan pelepah kurma yang basah, lalu dibelah menjadi dua dan Baginda letakkan pada masing-masing kuburan itu satu belahan.
lalu dikatakan: wahai Rasulullah, kenapakah engkau perbuat ini? Baginda bersabda: mudah-mudahan keduanya diringankan selama dua belah kurma itu belum kering atau sehinggalah ia kering".
(hadis riwayat bukhari)
--
Allahhu Musta'an!
T.T
No comments:
Post a Comment