bismillah
santuni hati
kadang-kadang bila terbuat salah, ada banyak hal yang menerjang tiba-tiba, dan kita (aku), entah apa sebabnya, pun jadi 'down, down, down', tiba-tiba juga.
ceritakan pada aku, apa sebabnya?
sedih?
kenapa, pun?
kalah?
cuba lagi.
malu
malu dengan siapa?
takut
takut dengan apa?
benci? marah? geram?
kalau bukan aku yang mencintai diri sendiri, siapa lagi?
tak ada yang percaya lagi?
lumrah; "yang cinta tak memerlukan (bukti), yang benci takkan percaya" -salim a. fillah
bila terbuat salah, bukankah harusnya ada perasaan tenang yang menyusup kalbu, dan menyemati satu kata-kata, mendidik dan mengajar; "dengan salah dan dosa ini, betapa harus selalunya engkau merendahkan hatimu, setiap masa, di mana-mana".
rendahkan hati.
--
antara hal-hal pelik
lelaki mahu perempuan yang baik
lelaki mahu perempuan yang baik
perempuan pun mahu lelaki yang baik
jadi, kenapa tak sama-sama jadi baik?
entah, pelik
manusia sangat pelik
aku-aku banyak sangat kelemahan
mereka-mereka pun banyak sangat kelemahan
jadi, kenapa tak saling redha?
entah, pelik
manusia sangat pelik
aku-aku ada kelebihan
mereka-mereka pun ada kelebihan
jadi, kenapa tak saling hargai?
entah, pelik
manusia sangat pelik
aku pun antara manusia-manusia
adakah aku juga pelik-pelik?
--
pilihan
adakah pilihan kita atas kesedaran?
pilihan
adakah pilihan kita atas kesedaran?
dan.. adakah pilihan kita, selari
serentak, sejajar, selurus
kehendak-Nya?
hmm.
No comments:
Post a Comment