Pages

Friday, November 2, 2012

ini sampah-sampah oktober;

tapi, sampah ini sampah yang boleh dikitar semula.
aku kutip, dan mahu kitar di sini

untung, kalau telah tiada
paling kurang, sisanya masih ada! 

 --
#awak yang baik
terima kasih kerana menjadi awak,
dan tak menjadi orang lain.

kuatnya awak, saya belajar.
lemahnya awak, saya lebih belajar.

saya belajar;
indahnya pandang jauh ke luar,
dan indahnya melihat ke dalam diri.
--
#buku yang baik
"dia adalah ayah yang mengajarkan. dialah adalah ibu yang menenangkan. dia adalah abang yang menasihatkan. dia adalah kakak yang mendengarkan. dialah adalah adik yang menghiburkan. dia adalah suami yang menyejukkan. dia adalah guru, pekerja, sahabat, tetangga, dan semua!"
dan aku akan re-read, lagi dan lagi
--
#dia (i) yang baik
keychain palestin yang tergantung pada al-quran tu, dia buat sendiri, dan hadiahkan
satu hari, dia cakap;
"bila saya pandang ni, kan akak, saya rasa bersalah. jadi saya set, biar tiap-tiap hari, saya tengok palestin"
(lepas tu, dia terus ajar tukar start up page dari google pada palestinkini
--
 #makcik yang baik

dalam bilik, salah seorang roomate dari vietnam. dia dulu pernah cerita, muslim di sana, cuma satu peratus 
seminggu ini, mak dia ke sini untuk convo si abang. dan seminggu juga, mengenal peribadi si ibu walaupun tak bercakap banyak. cuma lirik senyum saja sebab komunikasi terbatas. tapi, mashaAllah, ada rasa keterikatan hati. 
tapi, dalam seminggu itu, boleh dikatakan, tiap-tiap hari terdengar ada alunan zikir waktu maghrib, ada bacaan al-quran di petangnya, dan ada solat sunat dhuha di pagi harinya. 
entah, rasa tenang! 
untuk mak dia yang tetap di vietnam; dalam keadaan satu peratus muslim, sedemikian ini peribadinya, teguh prinsip dan amalnya, sungguh; aku jadi malu. 
hmm.
--
#walid yang baik
15-Oct-2012 09:51
assalamu'alaikum. wld, bleh x kalau akak nk mtk wld msuk duit lg? akak nk beli tiket utk akak dgn syirah blk mgu nie. mtk mf, sbb duit wld bg hr tue akak nk guna bli tiket konferens, n prog bsama pnulis di uia  
15-Oct-2012 09:53
Ptg ni wld bnk in 
untuk respon yang dua minit, buat aku rasa macam-macam. terdiam, terfikir, termuhasabah. Allahhu.
moga Allah cepat merespon segala permintaan dan keinginan walid, secepat-cepatnya! amin.
 --
#dia (ii) yang baik
“bisnes penting. tapi macam mana? akak tak minat bisnes la” 
“bisneskanlah minat” 
“oh, maksudnya? akak minat menulis. jadi, penulisan tu, akak bisneskan?” 
“yap!” 
“masyaAllah, tabarakAllah!”  
--
 #adik yang baik
akak: adik nak tau dak, bla bla bla bla bla bla
adik: hisy, akak dah cerita la

oh, ok. itu bermakna kita kerap dan selalu bercerita.
dan terbukti, adik pendengar yang sangat baik

mashaAllah!
 --
#aku mau jadi baik
oh Allah, boleh kan jadikan aku baik? 
macam mereka-mereka juga

--
entri ini macam emo pulak, kan?
hmm?

tapi sekali sekala;
"..we write to taste life twice, in the moment and in retrospect.." - anaïs nin
  

9 comments:

ukasyah shafei . said...

oh Allah, boleh kan jadikan aku baik? macam mereka-mereka juga. amin.

Ami Manaf said...

salam..
nak tanya, tafsir al-quran tu beli dekat mana ya? dan penanda berwarna tu semua untuk apa ya?

maaf, sy budak baru belajar...

NA. said...

buku yang awak baca tu, macam menarik! :)

Umairah. said...

adik;
amin :)

ami manaf;
oh, skrg dah banyak dijual. biasanya, di kedai2 buku pun ada. ada terjemahan indonesia, ada jugak yang bahasa melayu. saya beli di uia.

tanda2 warna tu, preferens msg2. kalau saya, saya guna untuk tanda ayat2 yg saya suka baca, ataupun yg bg kesan pd diri. senang utk rujuk balik nnt. :)

awak nak cuba pun boleh. best, sbb bg semangat utk selalu baca al-Quran, dan lebih menghayati ayat2nya.

its' ok. saya byk belajar dari yg bertanya, t.kasih :D

amie;

mashaAllah, sangat! kat wisma yakin, masjid jamek ada dijual. buku nie antara yg bg byk impak pada diri. :)

Ami Manaf said...

owh mcm tu ya.thanks kongsi.. nanti nak cari buku tu jugaklah... tafsir dah ada. cuma tengok tafsir awk mcm lain sikit... tu yang tanya :)

Ainaa athirah said...

saya nak jadi baik..macam kak Umairah :)!

ukasyah shafei . said...

kakak, nak tafsir mcm tu. belikan utk adik plissss :)

Umairah. said...

ami manaf;
oh, macam tu.
ok, selamat membaca! :)

athirah yoona;
doakan kita sama2 baik,
insyaAllah, ameen! ;)

adik;
esok akak try cari insyaAllah. nanti akak pass kat syirah. :D

Unknown said...

assalamualaikum akak.

Allahu! seketika saya tersentak pada kata yang pernah dilepaskan dri bibir namun hilang dibawa kelalaian.

terima kasih akak atas memori2 lalu yang dikitar semula! sungguh pada setiap jejaknya memori, tercalit ibrah yang banyak, amat!

can't wait to see you this evening. :)