Pages

Tuesday, November 13, 2012

08:41.

bismillah

"bila sama-sama penat, letih, cas-cas negatif bertambah. tekanan akan mendesak kita untuk kikis dan nyahkan segala cas yang negatif tadi. tapi, kadang-kadang, apa yang kita buat ialah menambahkan cas negatif yang sedia ada dengan, -marah. 

hmm, sebenarnya awak dan saya cuma perlu diam sekejap, dan kumpul cas positif. kemudian, saling berbagi untuk meneutralkan segala rasa yang ada. tapi, caranya?

nah, tidak lain tidak bukan, sedut cas dari langit, dengan doa, istighfar, dan solat". insyaAllah, kita akan neutral kembali.

09112012; bus stop integomb

--

karang draf ini, waktu tengah #stress di bus stop. sedang menunggu teksi untuk balik ke uia semula. 

hari jumaat yang penat dan letih. tiba-tiba, sesampainya di sekolah syirah, dia pun bermasam muka. punca; beg berat, dan lain-lain. kemudian, terpaksa berjalan lagi, di tengahari rembang, dan dalam keramaian laki-laki yang berpusu-pusu untuk solat Jumaat.

tapi, masing-masing diam saja. 

cuma hati yang tak bersih berkata; "akak dah penat mai ambik syirah tau, at least, senyum lah sikit?" mujur cuma dalam hati. tertahan-tahan ke ruang paling dalam sedalamnya. sebab, seboleh-bolehnya, jangan sampai syirah fikir; "ulang-alik akak ke sekolah dan uia sebab nak ambik syirah, adalah satu beban rupanya".

ya Allah, jangan sampai macam itu. 

--

kemudian, istighfar. kemudian, doa. kemudian, bercakap dengan Allah. kemudian, tangiskan hati yang kotor. sebab, kalau hati bersih, apapun sebenarnya melapangkan, bukan?

hmm. rupanya semudah itu untuk tenang, dan rasional. tak ada kata-kata yang tidak baik, tak ada marah, tak ada keluhan, dan tak ada rungutan. subhanallah.

"kalau kita kurang difahami, cukuplah mengajak diri untuk cuba memahami. Allah tahu, dan Dia Maha Memahami". 

Allah, perbaikilah akhlak kami.
ameen. 

--
ps: amboi, tiga hari bertapa di rumah, seorang kakak telah dilupakan. kacang lupa kulit betul.

No comments: