bismillah
hidup sentiasa terhadapkan dengan pilihan. walaupun yang kecil-kecil. contoh; saatnya ke bazaar, pasar malam, Giant Batu Caves, JJ Wangsa Maju, Midvalley, KLCC, The Mines, KL Fiest, Wangsa Walk, atau mungkin (Ong Tai Kim?) sewaktu poket penuh, dengan keinginan yang melimpah, namun tiba-tiba di akhirnya pulang dengan tangan kosong, atau separuh kosong.
pernah?
mungkin keinginan pada waktu itu adalah bersumberkan hawa nafsu. namun, yang membalutnya adalah iman. yang menjaganya adalah Allah, yang memeliharanya adalah Allah. maka, pandangan, kehendak, mata, kaki, telinga, dan semuanya terhala dan terdorong oleh 'kehendak-kehendak' Allah.
persis saatnya keinginan Yusuf A.S terdorong, mahukan isteri Al-Aziz. sebagaimana dia (isteri Al-Aziz) pun, begitu mendambakannya. namun, kata Allah;
"demikianlah, Kami palingkan darinya keburukan dan kekejian. sungguh, dia (Yusuf) termasuk hamba Kami yang terpilih" - (Yusuf: 24)
lalu, hati pun rasa tawar, dan duit tadi terbelanja ke hal-hal yang lebih bermakna. maka pulanglah diri dengan tangan kosong, tanpa rasa sesal walau sedikit.
--
sama juga macam pilihan bacaan, pilihan kata-kata, pilihan makanan, pilihan tempat lepak, pilihan cinta hati, pilihan pekerjaan, pilihan cita-cita, pilihan itu dan ini.
bila difikir-fikir, terasa macam itu semua bukan masalah. cuma yang buat tertanya-tanya, apakah hati telah makin rasa tawar dengan segala yang bukan kehendak Allah?
lalu, aku hanya memilih untuk berjalan dengan tangan kosong, meninggalkan yang tak sepatutnya? dan tertukar haluan pada yang lebih selayaknya?
hmm.
hmm.
"dan aku tidak (menyatakan) diriku bebas (dari kesalahan) kerana sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan, kecuali (nafsu) yang diberi rahmat oleh Tuhanku. sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, Maha Penyayang". (Yusuf: 53)
______
"i believe my religion is the truth, but i'm not the truth and the truth doesn’t belong to me, i'm trying to belong to the truth" - tariq ramadan
1 comment:
Umy, fatin ajak jumpa. :)
-jamilah yang malas sign in
Post a Comment