Pages

Tuesday, October 23, 2012

Nasi Goreng.

pernah makan nasi goreng? atau goreng nasi goreng? 
preferens; nasi goreng cili padi tambah telur dadar, heh. 

--

sebenarnya, blogger atau penulis kita cuma menyediakan nasi, minyak, bawang, telur, sayur, cili, dan lain-lain. tapi, tukang masaknya adalah pembaca. pendek kata, yang menggorengnya adalah pembaca. 

maka, sangat tidak adil untuk yang menyediakan bahan tadi (blogger atau penulis) mengharapkan tukang masak (pembaca) tadi, menggoreng nasi goreng cili padi yang kita bayang-bayangkan. persis nasi goreng cili padi yang mak kita goreng. 

tidak akan pernah sama! 

sebabnya, tukang masak tadi akan masak sebagaimana yang dia bayangkan. nasi goreng yang dia pernah makan. dia pernah rasa. atau mungkin, persis macam yang ibu dia goreng sebelum dia ke sekolah dulu. 

--

penerimaan seseorang mengikut latar belakang keluarga, pengalaman, kefahaman, cara hidup, dan lain-lain. apa yang ada dalam hati kita, biar tertulis dengan panjang lebar sekalipun, tidak semuanya akan tersampai sejibik macam yang kita mahu. sebab itulah mungkin, ada kritikan, ada pujian. ada yang setuju, ada yang tidak.

tapi, janganlah sedih, atau kecewa. teruslah memberi bahan yang baik, untung-untung kita boleh rasa nasi goreng yang sedap! walaupun mungkin, kitalah yang sedia bahan, kitalah yang goreng, dan kita jualah yang makan. ahah!

"the one who knows himself isn't deceived by either praise or criticism" -yasmin mogahed

--

apa lah yang aku merepek pagi-pagi ini.
err, lapar lah-

2 comments:

Anonymous said...

nk nasi goreng akak masak! :p

Umairah. said...

anon;

nasik goreng akak spesial
so, kena mai ghumah

heh