Pages

Wednesday, October 31, 2012

07:19.

bismillah

#class

Allah, sebagaimana Adam A.S diajarkan dan dimuliakan dengan ilmu, kurniakanlah kami ilmu, kefahaman, dan hikmah demi kemuliaan yang tinggi di sisiMu. (Al-Baqarah : 31-33)

#class-faham

Allah, kurniakan kami hikmah-syukur, Daud-Sulaiman A.S. (An-Naml: 15)

#class-tak-faham

Allah, lancarmudahkan Kami sebagaimana mudahnya lidah Rasul-Mu, Muhammad S.A.W menuturkan Iqra', yang diulang-ulang Jibril-Mu (Al-Qiyamah: 16-19), limpahkurniakan kami kesungguhan Musa A.S (Al-Kahf : 66), dan kebijaksanaan Khidir A.S (Al-Kahf: 66-82)

#program

Allah, tempatkan kami hanya di tempat-tempat yang berkah sebagaimana Kau tempatkan Nuh A.S bersama kaumnya di tempat yang paling baik, lagi diberkahi (Al-Mukminun : 29)

#presentation

Allah, lancarmudahkan perkataanku sebagaimana kau gerakkan lidah Musa A.S. kurniakan aku keberanian Musa A.S, sewaktu berhadapan Firaun, kuasa besar yang zalim. kurniakan aku pendamping, penguat, sekaligus pembantu selayaknya Harun A.S yang Kau titipkan buat Musa A.S (Taha : 24-35).

#midterm

Allah, cenderungkan hati pensyarah, dan lembutlunakkannya sebagaimana kau cenderungkan hati sebahagian manusia kepada Ismail A.S, dan ibunya Hajar, hingga tanah yang gersang pun sudi menjadi subur (Ibrahim : 37)

#final exam

Allah, dorongkan aku untuk hanya berbuat, berbuat, berbuat, sekecil dan sebesar apapun, dan teguhyakinkan aku seperti Ayyub A.S; yang cuma menghentakkanya kakinya, lalu dengan izinMu penyakitnya hilang serta merta (Saad: 41)

#usaha gagal 

Allah, yakinkan aku dengan keyakinan ibu Musa A.S, bahawa Engkau 'menarik' atau 'melepaskan' nikmat, kerana 'tertangguhnya' sesuatu yang lebih baik seperti khabar terindah; seorang anak bakal menjadi seorang Rasul (Al-Qasas: 7)

#gagal lagi

Allah, yakinkan aku dengan keyakinan Zakariyya A.S, yang terus-menerus mengharap tanpa pernah kecewa, malah lebih tulus, halus, jujur, dan ikhlas menghadapMu (Maryam : 4)

#paling utama; tarbiyah;

Allah, rahmati kami dengan tarbiyah; yang akan membacakan kami ayat-ayat Allah, yang menyucikan hati-jiwa kami dari jahiliyah, yang mengajarkan kami al-Kitab dan as-Sunnah. lalu tergeraklah jahil kepada tahu, terdorong faham kepada fikrah, tersibghah amal dalam peribadi, langsung terislahlah diri dan orang lain. (Al-Baqarah : 129) (Al-Baqarah: 151) (Al-Jumu'ah: 2)

--
dan semalam, anis cakap;

"kalau tetamu datang ke rumah, kebiasaannya apa yang tuan rumah akan buat? tak lain tak bukan, pasti akan sangat dilayani dengan baik. sekurang-kurangnya, dijamu dengan air, kuih-muih, dan lain-lain.

kalau kita saja, sebagai manusia telah melayani manusia dengan sebegitu baik, apatah lagi Dia; Allah SWT yang pastinya 'menjamu' hambaNya setiap kali bertandang ke rumahNya (masjid). tapi, caranya adalah melalui pemakbulan doa yang kita 'pinta' setiap kali di rumah Allah.

kalau yang tak termakbul, kata Sheikh Yawar Baig, itu bukan dari Dia, tapi mungkin kita saja yang masih kurang atau tidak meminta. 

hmm.
--

2 comments:

nusrah said...

umy, saya rasa nak print and tampal dekat notice board dekat meja study.

Nak baca, amal, praktis sampai lebam :')

Umairah. said...

nusrah;

kalau tiya macam tu, umy lagi2lah. kena rendam dan makan, mungkin? :D

miss you!
take care.