bismillah
semalam, waktu anis tengah pinkan tudung, saya pandang saja anis lama-lama (lama sangat tak pandang, sebab bizi dengan program heroes memanjang!). sambil pakai tudung, dia cakap; "kakak, anis rasa macam tak sedia nak keluar dari uia. sekali keluar, anis akan tinggal banyak benda sekaligus!"
semalam, waktu anis tengah pinkan tudung, saya pandang saja anis lama-lama (lama sangat tak pandang, sebab bizi dengan program heroes memanjang!). sambil pakai tudung, dia cakap; "kakak, anis rasa macam tak sedia nak keluar dari uia. sekali keluar, anis akan tinggal banyak benda sekaligus!"
saya diam saja, dan senyum.
sambung dia lagi, "insyaAllah, ada khayr".
--
dan seharian semalam, helai demi helai di stesen bas, di kantin sekolah syirah, di dalam bas, atas katil, depan laptop, atas meja, tulisan-tulisan ini pun tanpa sedar, seolah-olah menceritakan perihal yang sama; tentang diri sendiri, tentang masyarakat, tentang islah, tentang khalifah, tentang amanah, tentang tanggungjawab, tentang siapa aku? dan apa aku mahu beri?
--
hisbah; hlmn. 46
apabila hasan al-banna diuji hafalan syairnya, salah seorang penguji meminta dia melafazkan satu bait syair yang paling disukainya. jawabnya dengan menunduk sesaat;
“apabila kaumku telah berkata,
siapakah pemuda sejati
aku khuatir, akulah yang dimaksud
sedang aku belum bersiap untuk itu”
--
komitmen da’ie sejati; hlmn. 9
“..dari ruangan sederhana itulah, dakwah mula menapaki jalannya menuju cahaya terang benderang. tidak hanya ruangan yang sederhana, materinya juga masih sangat sederhana, hanya membetulkan bacaan al-quran sesuai dengan hukum-hukum tajwid, menghafal beberapa surah pendek dan beberapa hadis yang disertai dengan penjelasannya..”
--
majalah jom; hlmn. 95
"..ada dua keluhan para da’ie yang biasa kedengaran. pertamanya, para da’ie sering berasa khuatir dan tidak bersedia terjun dalam hiruk pikuk masyarakat sehingga memilih untuk terus berada dalam lingkungan tarbiyah.."
--
hmm
lalu untuk hari-hari yang aku cuma menepuk dada bertanya; “hari ini mahu buat apa?”, “hari ini mahu makan apa?”, “hari ini mahu belajar apa?”, “hari ini mahu dengar video yang mana?”, yang aku dapati cuma satu; terlebih semua untuk kepentingan diri. kejayaan diri. kecemerlangan diri. pembaikan diri.
tak ada satu pun dari siang dan malamku, terkhusus fikirku, “apa yang ummah sedang perlukan, dari tangan aku yang memulakan?”
Allahhu.
dan benarlah.
aku mula merasakan, empat tahun belajar di kampus, yang kita mahu kutip sepenuhnya bukan yang di dalam buku semata-mata, bukan dari hafalan teori-teori siang malam, dan bukan keluar masuknya kita ke dalam dewan peperiksaan, setiap semester. bukan dengan profesionalisme yang kita cambah dari aktiviti kampus, tanpa nilai-nilai yang benar.
sebab entah kenapa, hati mula bertanya-tanya;
di mana added value yang akan memberanikan diri untuk beraksi di pentas masyarakat, suatu masa nanti? di mana fikrah Islamiyy untuk diri pula tanam dan baja dalam jiwa-jiwa yang dahaga, suatu masa nanti? di mana ketahanan ruhiyy yang akan melebur, waktu diri mungkin akan bersendiri memperbaiki, suatu masa nanti? di mana kesediaan diri menggunakan akal-akal tajam mencari ruang, fikir dan fikir keperluan dan kemahuan ummah, tanpa putus asa suatu masa nanti?
Allah, kalau jalan dan takdir kami adalah pensyarah, penulis, pelukis, peguam, ahli politik, jurutera, atau apa saja, jadikanlah kami pensyarah, penulis, pelukis, peguam, ahli politik, jurutera yang benar-benar Muslim; faham, tahu, dan sedar serta soleh (mengislahkan diri sendiri) dan musleh (mengislahkan orang lain).
Allah, ajarkanlah, didiklah, dan sabarkanlah kami untuk melalui jalan-jalannya.
ameen.
"dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata “sungguh, aku termasuk orang-orang Muslim (yang berserah diri)"
(fussilat : 33 )
4 comments:
meaningful :) nice sharing..
yahhh, true story.
"apa yang ummah sedang perlukan, dari tangan aku yang memulakan?”
muhasabah 6 pagi.
terkesan.
:')
sea_lavender, bella, fatinmarini;
moga2 ada manfaatnya, ameen.
jazakumullahhu khayran! :)
Post a Comment