Pages

Thursday, August 16, 2012

refleks kota ke kampung.

dalam bas tadi, bersipongang suara allahyarham sudirman, "balik kampung". jujur, aku suka. cuma, entah. perasaannya tak sama macam tahun-tahun dulu, yang memang aku sengaja pasang radio sambil cuci tingkap dapur semata-mata mahu dengar lagu raya. tapi, yang dalam bas ini, rasa macam aku sedang menari atas tangisan Ramadhan, sungguh tak enak!

dan tersedar; untuk tahun-tahun dulu, rupanya memang ada beza antara "hidup dengan jasad Muslim", dan "hidup dengan nafas Islam". 

hmm.

--

mengimbas hari kedua Ramadhan yang lepas, (perjalanan jalan duta-gombak), pemandu teksi marah-marah hanya sebab pejalan kaki pandang-pandang bila dia bunyikan hon.

mengimbas hari ketiga Ramadhan yang lepas di Giant Batu Caves, seorang lelaki marah-marah bila seorang pekerja terlanggar dan terhempaskan barang. 


mengimbas hari dua puluh enam Ramadhan, (perjalanan gombak-jalan duta) pemandu teksi marah-marah sebab penjaga tol lambat 'angkat' tiang penghalang.


mengimbas hari dua puluh enam Ramadhan, pemandu bas (perjalanan jalan duta-butterworth) marah-marah sebab pemandu kereta depan lambat gerak. 


tapi, dalam banyak-banyak imbasan yang menyedihkan Ramadhan ini, aku terlebih imbas dalam diri yang entahkan selonggok jahiliyah, tak terbersit menghilang walau sekuman. tak mahu hilang walau ditonyoh. 


paling sedih bila 'tarbiyah rabbani' dalam karomah Ramadhan, tak mampu terbandingkan 'didik syaitan dan nafsu' dalam bulan lain, hanya sebab diri yang tak berkemahuan. Allahhu!


moga diilhamkan Allah sebuah hijrah untuk lebih menghidupkan 'Islam' dalam diri, mengupayakan istiqamah demi menjadi Muslim yang lebih baik, 


..walau tapaknya, cuma bermula dengan hijrah yang kecil-kecil, ameen!


4 comments:

Erika Azmi said...

insyaAllah,aamiin... ^_^

Unknown said...

Assalamualaikum akak

Apakah saya ini tidak bersyukur andai mengatakan saya masih tak puas dengan Ramadhan kali ni? Walau masih punya 3 hri berbaki? :'(
Bagi saya ini Ramadhan pertama 'hidup dengan nafas Islam'
Sungguh saya rindu. Tak mahu lepas.
Boleh kan menangisi pemergiannya?

"moga diilhamkan Allah sebuah hijrah untuk lebih menghidupkan 'Islam' dalam diri, mengupayakan istiqamah demi menjadi Muslim yang lebih baik,"

Semoga mampu istiqomah selama 11 bulan mendatang sehingga kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan insyaAllah.
Doakan ya kak :')

Awan said...

Kak umy, sedihnya post ni. Rasa mcm terkena dgn diri sendiri. byk jahiliyah dlm diri. ramadhan nak pergi, tp rasa mcm tak 'bersih' je lg. :(
tak semangat nk raya. :(

Umairah. said...

erika, alyaa, fatin:

kita b'sama doakan, kita mampu jadi yg lebih baik. sikit2, insyaAllah. tanpa Ramadhan pun, kita tetap harus jadi hamba Rabbani kan? :)

akak suka ayat nie. nanti check tau. at-taghabun: 16

eid mubarak adik-adikku yg chomel!
XD