bismillah
tadi ustaz cakap, untuk peristiwa israk mikraj, paling kurang pun kita ingat dua benda;
pertama; bila hati sedih, hati itu harus dipulangkan pada Allah. sebab, bila Rasulullah bersedih dengan kehilangan isteri; Saidatina Khadijah r.a, dan pelindung sekaligus merangkap bapa saudaranya, Abu Thalib, hatinya 'diterbangkan' ke langit, biar terpujuk oleh Al-Khaliq, bukan makhluk!
kedua; untuk menjadi pemimpin hebat, pertama-tamanya kita harus ada kerendahan hati. sebab, setiap kali Rasulullah ditanya siapakah dirinya; baginda akan menjawab, 'abdullah (hamba Allah). maka dengan kerendahan hati inilah, maka Allah 'angkat' dirinya, 'terbang' ke langit Ilahi. bila kita merendahkan hati di hadapan manusia, jangan bimbang! sebab, sesungguhnya Allah sedang 'mengangkat' kita dihadapan-Nya. bukankah ini yang paling kita mahukan?
subhanallah.
oh! refleks peribadi ustaz pahrol buat saya rasa; kita tak perlu terlebih dulu mencapai title ustaz, untuk menjadi muslim dan mukmin yang baik. moga Allah redha beliau kerana telah mencerahkan pagi saya. kekeke.
nasi lemak rasanya seperti lebih berlemak, bila ditambah perisa ikim.fm, siaran ulangan mukmin profesional. update sambil tunggu wawa sampai rumah, heh-
sapulah air mata, usah bersedih. tundukkan ego, hapuskan marah dan selamat merendahkan hati!
peace yaw. :')
_____
"hampa takdak baju 1 Malaysia, kami adaaa!" -nasuha
" (=,=)' " -akak
5 comments:
salam, dgr kat ikim ke ni?? biasanya ade ulangan kan?
sebaik mana perancangan, Allah juga lah yang menentukan wawa x sampai juga ke rumah umy. :(
Moga dapat ketemu nanti insya Allah :)
cik.furas:
w'salam wrt.
yang saya dengar nie, siaran ulangan.
tapi awak boleh try tengok sini, mungkin dah di upload.
http://www.ikimfm.my/ikimfm/index.php?option=com_content&view=article&id=55
wawa:
insyaAllah, Allah ada perancagan yang lebih baik. wawa boleh rehat. esok2 kan nak keja pulak. :D
doakan umy, habiskan sem baru nie dengan baik. huhu~
amin3.
:')
nice.
get the two messages :)
inspector saahab:
alhamdulillah :)
Post a Comment