dalam salah satu slot mukhayyam yang lepas, seorang ustaz pernah pesan; jangan tinggal solat, jangan bermaksiat pada Allah. sebab hari-hari kita, indah atau cacat bergantung pada hubungan kita dengan Allah Ta'ala. kata ustaz, bila masuk satu-satu kelas, dia dapat 'rasa' sesuatu. kalau pelajar-pelajarnya soleh solehah, hati rasa tenang. mengajar pun nikmat. tapi, kalau hati rasa kusut, minda berkecamuk, dia tahu ada yang tidak beres. terutamanya, bab solat fardhu. mata seolah-olah dapat 'baca' sesuatu yang lain pada wajah-wajah pelajar.
kata ustaz lagi, kalau dapat bangun malam tiap-tiap hari, lagi baik. tempias rahmat Allah, dan naungan para malaikat bukan pada ahli rumah atau bilik saja, malah ketenangan tertempias pada jiran-jiran. kita rasa tenang, malah mereka pun rasa tenang dengan keberadaan kita.
subhanallah.
bila seorang pensyarah yang soleh peribadinya berkata sedemikian, tak dinafikan, pasti ada benarnya. moga hati lebih bersih untuk menadah ilmu. untuk berdepan dengan manusia. untuk bekerja kerana Allah.
kalau kusut-kusut dalam kelas sekalipun, jika Allah berkehendak hati pensyarah tenang terpandangkan wajah ikhlas kita, itu sungguh nikmat, bukan? hati beliau tenang, hati kita tenang, hati kawan-kawan tenang.
ah, moga Allah terus merahmati!
bismillah,
selamat menghidupkan hati,
selamat mengindahkan hari.
:')
_____
mukhayyam - perkhemahan
3 comments:
umy, poppytalk is really ozeemmmmm just like tumblr and deviantart. punya darjah kecomelan yg tinggi XD
cuma klu di tumblr, kita reblog tapi di poppytalk kita repin. habis lah, klu sy buat akaun poppytalk plak.. -.-'
ps : hati kita kuat betul menarik. tadi sy bru nak tulis entri tntg solat juga. tapi masih di draft.. hailaa
nusrah:
couldnt agree more. :)
kalau tak silap umy, poppytalk ni salah satu kompeni@bisnes@hak milik persendirian. tapi, cara dia, promote thru 'pinterest'. kalau tiya type 'pinterest' kat gugel, boleh jumpa gambar lain lagi.
hehe.
ps: takut umy, 'calon' ter-sama. hahah :P
hahahaha...umairahhhhhh! saja ja nak buat org tergelak. 'calon' tak sama, tapi ciri2 calon hampir sama.. yg minat pada antena buku semestinya.. XD
Post a Comment