adakalanya;
kita cerapkan ilmu sesuai kehendak
kita terima pandangan sesuai selera
yang mana suka, kita hadam
yang mana bosan, kita hindar
yang mana mudah, kita terima
yang mana susah, kita tolak
ikut kepala, gelengnya ke mana
ikut hati, mahunya di mana
aku tau, tak boleh;
tak boleh begitu!
bimbing, aku-
supaya antara keduanya
aku pilih yang perlu,
bukan sekadar yang aku mahu.
supaya antara keduanya
aku pilih yang perlu,
bukan sekadar yang aku mahu.
_____
No comments:
Post a Comment