Pages

Friday, May 18, 2012

Refleksi.

kawan, pernahkah
kau seperti baru terjaga, 
dan hari sepertinya menjerit mengatakan;

"kenal diri sendiri, 
kau 'kan tahu dengan Apa 
dan Siapa kau mahu kemudi"

tapi, mungkin sebab aku belum jelas 
kemahuan dan keinginan diri
belum tetap visi misi hidup
belum terpeta rencana episod hidup
belum faham potensi dan bakat diri sendiri
belum kenal diri sedalam-dalamnya
belum mafhum dan maklum sebetul-betulnya 
prinsip dan pegangan hidup

maka hasilnya selera hidup aku;
tercetak pada kebebasan
tercipta ikut selera hawa nafsu
terikut pada jalur tanpa fikir panjang
terlorong tanpa tekad dan yakin penuh
terbina dari dasar-dasar rapuh, sedangkan
aku tak sedar, aku tak faham, tapi aku tak kisah

pernah?

oh Tuhan,
sekurang-kurangnya, 
aku mahu mati sebagai seseorang

cuma, kadang-kadang 
kita tak sedar
sebenarnya kita masih 
dan sedang keliru,
tak yakin, tak percaya
dan tak bersungguh

jelaskan, tunjukkan, 
arahkan, yakinkan,
gerakkan, kukuhkan 
dan sabarkan

hmm

3 comments:

Unknown said...

macam ada "rasa" kat sini (hati) :) terima kasih umy untuk nukilan yang bermakna ni,

sayang umy.

Umairah. said...

moga kita sama2 dpt m'cari dan selalu m'perbetulkan arah & jalan hidup kita, fatin.

dan utk setiap pilihan, mg Allah pelihara fatin dan umy selalu.

amin :)

ps:rs mcm nak jumpa dan borak dgn fatin lah, hehe. last paper fatin bila ye?

love u more. XD

Unknown said...

umy :)
inshAllah ameen. last paper ftn 31, tp mungkin balik 2 hb.
paper ftn 25,29,31.
ftn kat rumah ni, blik uia 24 ni inshaAllah