Pages

Friday, May 11, 2012

Kamus.

MUFLIS;

kamus dewan: Ar tidak sanggup (berupaya) membayar hutang, bankrap;
kamus Islam: 

"tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” jawab mereka: "orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta". sabda baginda: "orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada hari kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka."

(riwayat muslim) 

CELAKA;

kamus dewan: 1. malang (bkn nasib seseorang), sial, tidak baik
kamus Islam: 

"beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam, dan celakalah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam."

(riwayat ahmad)

KAYA;

kamus dewan: 1. banyak harta (wang dsb)
kamus Islam:

ahmad bin yunus telah meriwayatkan kepada kami, katanya: abu bakr telah meriwayatkan kepada kami, katanya: abu hashin telah meriwayatkan kepada kami daripada abi soleh daripada abi hurairah daripada nabi s.a.w. beliau berkata: "kekayaan sebenar bukanlah dengan kerana banyaknya harta benda tetapi kaya yang sebenar itu adalah kaya jiwa."

(riwayat bukhari)

amacam?
kita mau yang mana?

"kadang-kadang aku terlalu asyik memakai kaca mata manusia, 
hingga aku selalu lupa kaca mata Allah"

hmm

No comments: