Pages

Monday, May 7, 2012

BILA; bla, bla, bla.

(i)

"BILA Allah mempertemukan kita dengan orang yang kita rasa menyakitkan, mungkin Allah sedang mengajarkan kita kerendahan hati, supaya selalu dan mudah memaafkan". 

(pernah sekali kena marah dengan bus driver depan orang ramai. serius, rasa malu, bengang dan sangat menyakitkan hati. rasa macam, "tak boleh ke pakcik cakap elok-elok? saya akan dengar". tapi, fikir-fikir balik, kebijakan kita hakikatnya terletak di mana? pada waktu itu, betapa Allah sungguh mengajarkan kerendahan hati, membuang ego dan marah. dan oh, hari ini berlaku lagi!)

--
(ii)

"BILA yang di luar bising, keriuhan yang di dalam takkan mungkin terdengar. sesekali, diamkan yang luar, supaya kita sedar betapa hingarnya yang di dalam".

(kadang-kadang, hubungan kita yang di luar (sesama manusia) terasa sangat riuh, hingga tak ada peluang untuk hati kita bercakap walau sesaat. kadang-kadang, dia pun mahu mengadukan kesesakan yang 'dia' alami. dia perlu masa untuk bersendirian; antara dia, tuannya, dan Tuannya.)


--
(iii)

"BILA yang ditulis dikeranakan manusia, pujian terasa selalu membanggakan, kejian terasa selalu menyakitkan. belajarlah menulis kerana Allah, supaya hati tenang, jiwa lapang".

(selalu merasakan ini, bila yang ditulis adalah kerana manusia. rasa best, bila dipuji. rasa sakit bila dikritik. sedangkan, kalau menulis kerana Allah, lebih bebas dan tak perlu fikirkan apa-apa; melainkan ganjaran dari Allah semata, dan terus berusaha menulis dengan baik. tapi, natural; kadang-kadang manusia sifatnya itu, mahukan penerimaan dan perhatian. upgrade dan perbetulkan niat selalu. bila terasa pemilikan masih ada, bebaskan supaya ia tak jadi milik kita!)


--
Ermm, hari-hari kita selalu mengajar benda baru kan? :)

2 comments:

ssk said...

"BILA yang ditulis dikeranakan manusia, pujian terasa selalu membanggakan, kejian terasa selalu menyakitkan. belajarlah menulis kerana Allah, supaya hati tenang, jiwa lapang".

macam memasak, kalau org makan kita tak kesah, kalau org tak makan sbb tak sedap pun tak kesah...still teruskan memasak dan belajar dari kesilapan.

hehe. perkongsian menarik !

Umairah. said...

ssk:
adakah adik akak nie sdg belajar memasak sekarang?

so, akak patut hepilah. kan? sbb dah ada master chef yg boleh tolong ajar nnt.

kalaulah, kalaulah kita boleh pos makanan. heh :)