Pages

Sunday, April 22, 2012

gara-gara kaffein.

kaffein punya angkara

ini adalah entri-tak-boleh-tidur
gara-gara tadi petang, sedut kaffein dalam radix
konon-konon pembekal tenaga, sebab pening-pening
akhirnya, pening tak boleh tidur jadinya!

pemintaan kak syida

atas permintaan kak syida yang comel, mahu di sini saya kongsikan sedikit ilmu yang diperoleh petang tadi. tapi ampun kak syida, tak termampu mencatat secara keseluruhan. pertama, sebab tak sempat. kedua, sebab bengkel ini lebih kepada praktikal dan latihan. ketiga, sebab fikiran termelayang ke tempat lain, dan di buku penuh contengan hal-hal lain yang tak berkaitan. ergh

pensyarah kejuruteraan pun menulis, oh!

tak ingat, ini sudah masuk bengkel yang ke berapa saya hadiri. tapi, belum juga berjaya menghasilkan satu buku pun! huh. kalau sebut pasal buku, tentulah bengkel penulisan, kan? ya! tepat sekali. bengkel penulisan persuasif ini, disampaikan oleh prof madya dr. umi kalthum ngah, pensyarah usm, nibong tebal. jangan tak tahu, beliau merupakan pensyarah dalam bidang kejuruteraan! beliau juga merupakan salah seorang penulis buku di syarikat penerbitan pts. persuasif yang dimaksudkan di sini ialah mengajak pembaca untuk setuju dengan kenyataan dan hujah penulis tanpa paksaan, tapi kerelaan!

separa kreatif; tak ringan, tak berat!

kelainannya bengkel ini berbanding yang sebelum ini ialah, bengkel ini lebih terarah pada penulisan-penulisan artikel yang dicorakkan dengan kreativiti masing-masing. bukan novel, atau cerpen. ataupun orang biasa guna, 'penulisan artikel separa kreatif'. tak berat, dan tak ringan.

"for the love of writing!"

mulanya peserta didedahkan tentang ini; "mengapa mahu menulis?". dalam banyak-banyak yang tercatat di slide, saya paling suka yang ini - "for the love of writing!" berkesampingan dengan tujuan di kedudukan teratas; sebagai ruang dakwah, selain mencakuk hati pembaca. antara tujuan lainnya; melipatgandakan pahala, memberikan peluang niaga, merangsang minda kreatif (otak kanan), dan memberikan pulangan yang lumayan. 





aku stress!

kata prof, banyak karyanya dihasilkan waktu stress. malah, yang terhasil bukan satu bahkan, dua tiga buah! katanya, bila otak terasa tepu dengan term engineering yang memusingkan kepala, maka dia akan pujuk otak kanan untuk mengerahkan kreativiti dan seni pula. subhanallah, pengendalian stress yang cukup baik, bukan? 

passionate

kata dia, menulis harusnya hari-hari. menulis harus jadi passion, yang hinggakan bila tak menulis sehari, tangan kita rasa gatal. saya cuma tak tersangka, ada orang macam saya, hehe. maka, update blog setiap hari, bukanlah satu kesalahan, kan? (sebab saya pernah juga rasa terbersalah, err)

sebab saya sering dipersoalkan tentang ini, yang menimbulkan kebingungan juga. 

  • "banyaknya masa, dapat update blog selalu"   
  • "bukan lama ke nak update blog?"

jawapannya kawan, mungkinkah sebab passion kita berbeza? 
kau suka melukis, dan aku suka menulis? hmm

kawakita jiro

kawakita jiro bukanlah sejenis makanan yang disantap pagi atau petang tadi. alhamdulillah, yang terhidang masih masakan Melayu biasa; nasi lemak di sebelah paginya, dan nasi tomato di sebelah petangnya. syukur!

tapi, kawakita jiro merupakan 'ramuan' yang digunakan untuk 'menggoreng' isi dalam penulisan! kata prof, kita gunakan kawakita jiro sewaktu berlakunya writer's block; kebuntuan dalam mencari idea, atau kehilangan isi yang sesuai sewaktu menulis.

caranya, ialah dengan menyenaraikan bahan-bahannya terlebih dahulu. 
sebagai contoh:

  • -basikat pancit
  • -kucing kurap
  • -nasi lemak
  • -pokok tumbang
  • -kain pelekat
  • -tong sampah


berdasarkan pemilihan kata tadi, maka sambungkanlah kesemuanya bagi membentuk satu sinopsis atau jalan cerita secara kasar. untuk teknik ini, cukuplah sekadar 10 minit sehari. kesannya, kita mampu menulis dengan pantas, dan kebarangkalian untuk 4 hingga 5 buah karya terhasil, adalah tinggi! oh, sungguh menarik, bukan?

save the best, for last

untuk penutup bagi setiap artikel, adalah yang terbaik jika kita mampu menyediakan frasa kata untuk menarik perhatian pembaca. kesimpulan ini akan melekat, dan membuatkannya terfikir-fikir sebelum bergerak ke arah perubahan. 

paling dominan

maaf, atas segala kekurangan. inilah antara beberapa isi dari ilmu yang dirasakan, 'paling dominan' yang saya pelajari hari ini.

wallahhua'lam,
sharing is loving!

:')

_____
ps: oh ya, prof ada promote buku ini tadi. kata beliau, sangat sesuai untuk para pendidik. dan kata hati saya, sangat sesuai juga untuk orang yang kurang gemar exam-oriented, macam saya! :)

pic: google

11 comments:

Anonymous said...

kata dia, menulis harusnya hari-hari. menulis harus jadi passion, yang hinggakan bila tak menulis sehari, tangan kita rasa gatal.

hehe,akak2.
part ni plg huda suke :)

kurg gemar exam-oriented, mcm sy jgk! :p

salam rindu..

Unknown said...

akak!
I was waiting for this. ^^
Allah... bestnya dapat giii... sobs...
next bengkel do inform yea. insyaAllah xde aral melintang nk join juga! phew~

ouh menulis hari2 tu xsalah yea.
selalu serba salah sbb fkir pasal hati.
ikhlas ke x. -___- *dushdush
at last express dlm buku contengan saja. atau mungkin hasil tak berapa mantap lagi. buat pening pembaca je. *kalauada

jzzk for sharing. :)

Umairah. said...

huda:
nak suruh tangan akak gatal hari2 lah tu, tau la rindu.

tapi, ya!
moga Allah rindu huda lebih!

:)

Umairah. said...

alyaa:
yerp, boleh tulis hari2.
mgkn yg tak bolehnya, kalau urusan2 kita tak balance. =,='

ikhlas itu akan datang, insyaAllah. tapi, soal niat kenalah di upgrade selalu ye.

insyaAllah, rezeki alya akn dtg nnt. erm, kata prof jugak "don't be your own editor!" jgn judge dulu karya kita, sbb yg pntgnya, "just do it!"

dlm halaqah kita belajar menulis pulak nnt. amacam? :)) alya pasti boleh, selagi passion tu ada!

Unknown said...

hukhuk. tulah kan.
balance. insyaAllah ^^

ah! just do it!
masa kls parenting ade jugak ayat ni.
hikhik...

Allah... boleh yea akak ajar? ^^
pasti lebih semangat ni.
xcukup 1 jam je nnti ;)

Unknown said...

terbaiiikk!tulisan umy tak pernah ftn tak suka...hehe

hm, inspiring much!

Jamilah Mohd Norddin said...

terima kasih umairahshafei, kongsikan di sini.

Setuju stress antara sebab seorang menghasilkan karya. :) tiada kira fiksyen atau non fiksyen. Ada desakan dalam diri yang mahukan ia keluar. :)

Umairah. said...

alyaa:
setakat yg akak tahu, insyaAllah. :)

fatin:
alhamdulillah, kita slg memberi inspirasi. :)

jamilah:
bila penulis berbicara.. he he.
sama2.

ismisyahida. said...

salam.

oh, tengs adik yang chantek atas perkongsian yang sangat chantek ini.

sangat setujulah dengan aku stress! tu. patutlah akak suka sangat menaip bila stress even keje sangatlah banyak.heh

dan,sangat jeles sebab tak dapat join.T_T

tetibe teringin nak jumpa lecturer engin tu, banyak nak tanya.mungkin. ^^

btw, tengsomac umy!

A.N said...

syukran atas perkongsian :)

Prof. Umi Kalthum Ngah? Kolumnis Majalah Jom kak? :)

Umairah. said...

kak syida:
hehe, kira ok le tu salurkan stress ke arah yg positif. :')

hehe. insyaAllah, rezeki akak pasti ada satu hari nnt. xD

anis:
la syukran 'alal wajeeb.
yerp adikku~ :')