Pages

Tuesday, February 21, 2012

Cikgu Tamadun.


cikgu, adakah cikgu sedang mengajar kita-kita tentang tamadun dan peradaban?

bila sedar-sedar dalam kelas AAP, berjam-jam cikgu I terpecah-pecah liur menerangkan, hanya untuk satu makalah? tentang kolonial-kolonial bahasa yang cuba menggantikan arab fushah, dengan arab ‘ammi demi menghilangkan al-quran dari dada-dada kita?

bila sedar-sedar dalam kelas Muslim Nations, cikgu II duduk dan bercakap-cakap spontan, dan kita-kita sibuk betul menyalin fakta tentang kebangkitan reformis Malaya demi mengembalikan kesucian agama Islam?

bila sedar-sedar dalam kelas ‘Aqidah, cikgu III tak puas-puas bersyarah, dan nota-nota kita diimbas-imbas semuanya berkisar tentang ‘aqidah Islamiyyah yang bebas dari pemahaman triniti?

bila sedar-sedar dalam kelas GL, kita-kita sedang mendengar teori-teori rapuh yang menjadi kebanggaan Yunani? dan cikgu IV dengan bangga mengatakan huruf alif, ba' dan ta' yang kita-kita belajar hakikatnya adalah huruf pertama di muka bumi?

bila sedar-sedar, dalam kelas US, kita bergelap dalam auditorium dan cikgu V hidangkan kita dengan filem tentang ketamadunan satu kaum yang diceroboh, lalu rakyat-rakyatnya dijadikan 'mangsa korban' buat menyembah Tuhan? 

atau, sebetulnya; 

cikgu I, II, III, IV, V sedang mengajar kita-kita menjadi diri sendiri (Muslim)? atau sedang mendidik kita-kita untuk  lebih menghargai diri? atau sedang membentuk kita-kita untuk mengembalikan "ketamadunan Muslim" dalam diri? atau menyediakan kita-kita dengan Muslim, sebagai jati diri? atau sedang melatih kita-kita untuk bebaskan akal, hati, dan jasad dari kolonial senyap, menuju pemerintahan hakiki?

oh, ajarkan saya lagi cikgu
saya tak mahu jadi mangsa korban penjajahan senyap!

#monolog




_____
"kita dahulu adalah sehina-hina manusia, lalu Allah memuliakan kita dengan Islam; andainya kita cuba mencari yang lain selain Islam nescaya Allah akan menghina kita kembali." -saidina umar al-khattab

fushah: bahasa arab (baku)
'ammi: bahasa arab (pasar)

AAP, muslim nations, 'aqidah, GL, US; antara subjek  sem ini. 

2 comments:

Fatin Nur Nabilah Roslan said...

As'salamualaikum , izinkan sy ambil kata-kata Saidina Umar Al-Khattab itu . JazaakALLAHu khaira saudari . Teruskan jihadmu . (:

Umairah. said...

Bella:
silakan :)