Pages

Friday, February 10, 2012

10:17

dalam banyak-banyak kata Ustaz 'Alaa sem lepas, paling terkesan dalam hati, yang ini:
"ada impian dan harapan yang kita tak perlu khabarkan pada orang lain, tapi cukup bercakap-cakap dengan Allah."
biasanya, awal-awal sem kita akan pasang azam banyak-banyak. keinginan, harapan, dan semangat pun melonjak-lonjak. tapi, ada masanya juga, impian, harapan, dan semangat tadi tak mampu terpenuhi. perancangan berterabur, keinginan tak tercapai, target tak sampai dan macam-macam lagi. ergh, kadangkala minggu pertama pun, boleh jadi semua ini. percayalah! heh

dan, mulalah semangat kita jatuh.
dan mulalah kita putus asa dan kecewa dengan diri sendiri.
dan mulalah, kita rasa tak terdaya untuk bangkit.

hmm?

bila dikhabarkan pada manusia, mungkin agak susah untuk difahami. tambahan, fe'el kita mungkin lambat atau lebih susah berbanding orang lain. dan mulalah, rasa rendah diri, serta seumpamanya.

dan saya yakin, mungkin saat-saat 'jatuh' macam inilah yang ustaz maksudkan tadi. khabarkan pada Allah, kita nak ini, tapi Allah, aku belum mampu lagi dan sedang berusaha. kita nak itu, tapi Allah, fahamilah aku agak lambat.  kita harap ini, tapi Allah, yang ini agak susah, dan tak dapat ubah lagi. kita mahu itu, tapi Allah, aku masih perlu masa.

entahlah, tapi saya yakin akan ada kekuatan di situ. bila merasakan Allah ada, Dia Maha Tahu dan Maha Faham, sekurang-kurangnya motivasi untuk berbuat masih ada. walau lambat, payah, atau sikit, Dia tahu kita sedang mencuba dan berusaha!

"perdengarkanlah, Dia ada untuk mendengar!"

untuk kita; saya, dan awak.
selamat berusaha :)

No comments: