Pages

Friday, December 2, 2011

rintih Disember II.

--
:Subuh:
Disember
Di taman hijau
Memijak kemboja
Tengah gerimis jatuh
Kau bacakan puisi
Tentang kita

--
:Dhuha:
Disember
Di tanah gersang
Memijak kerikil
Tengah peluru jatuh
Kau laungkan lagu
Tentang perjuangan

--
:Qoilulah: 
Disember
Di antara dua tanah
Memijak khayal
Tengah iman jatuh
Aku bisikkan semangat
Tentang cita-cita

Ya Allah, hanya Kau Maha Tahu.
--

Adik Palestin 5 tahun di tanah gersang tadi (sambil melontar senjata batunya), berteriak pada Kakak Malaysia 22 tahun di taman hijau tadi, 

"Kak, masa depan ummah, bukan untuk kader-kader yang manja dan lembik. Cari waras dan hatimu, kak. Carilah. Segera!"

Dia pun syahid, menemui Tuhannya. 
Kakak?


_____
01122011/the-palestinian-issue/modernarab/ghassantaha

No comments: