Pages

Sunday, October 30, 2011

"there's always room for improvement."


setapak melangkah, medan kita adalah menerima
setapak lagi, menerima dan beramal
setapak lagi, menerima, beramal, dan memberi
setapak lagi, menerima, beramal, memberi, dan menjiwai
setapak lagi, menerima, beramal, memberi, menjiwai, dan mencintai

sejauh mana sudah jahiliyah meninggalkan
setinggi mana sudah kefahaman, sebanyak mana sudah amalan 
sebesar apa sudah ujian, seluas apa sudah pengorbanan
sedalam apa sudah kemahuan, segigih apa sudah kesungguhan
setulus apa sudah keikhlasan, seluhur apa sudah kecintaan

perubahan, nyatanya bukan sekali
pembaikan, nyatanya bukan sehari
penghijrahan, nyatanya bukan mimpi

hakikat, kekal sampai mati
bersama, hingga akhir nanti





_____
"iman bukanlah angan-angan, bukan pula sekadar hiasan, melainkan keyakinan yang hidup di dalam hati dan dibuktikan dengan amal dan perbuatan." -imam hasan al-basri

there's always room for improvement.

"ya Allah, aku tak mahu sendiri. ya Allah, aku mahu dia ada. ya Allah, aku mahu dia menemani. ya Allah, aku mahu dia bersama. ya Allah, ajarkanlah kami istiqamah." (hud:112)

30102011/0900/iium :')



2 comments:

Salsabila said...

saya suka yanggg ni! :)

akak iium ye? ^_^

Umairah. said...

alhamdulillah. :')
yerp, iium.

husna, bljr mane, coz apa? (btul kan husna?) heh. xD