Pages

Sunday, October 9, 2011

Kechewa.

betullah.

dalam kekecewaan, ditemukan banyak perkara. bahawa Allah sentiasa nak tetapkan dan luruskan hati. bersihkan niat. rasa macam, hmm..

salah satu bentuk pemakbulan doa, adalah dari "kekecewaan", mungkin?

kita kan selalu doa; luruskan hati, luruskan hati, luruskan hati.
ikhlaskan niat, ikhlaskan niat, ikhlaskan niat.

inilah medannya! tapi seninya tarbiyah Allah, tak semua yang mudah-mudah. atau yang indah-indah. ada hati yang jenis kena bagi penampar sakit sedikit, supaya cepat tersedar bahawa kita dah menyimpang dari track sebenar

patutlah semalam, penulis asma nadia cakap: "jangan buang luka. simpanlah dalam-dalam, biar tumbuh 'dendam' yang positif."

kalau macam inilah, rasa macam kena selalu kecewa saja. =.='
barulah tetap dan elok balik duduk letak hati ini. 

fuuuhh, fuuuhh, fuuuhh!

alhamdulillah, adanya Kechewa! :)



____
kamus: Kechewa adalah sejenis bunga, yang lebih kurang Kekwa. tapi, duduknya dalam hati. uniknya, tak tercapai dek penglihatan. tapi, mampu dirasai. rasanya pahit-pahit sedikit. tapi saat dikunyah-telan, manis  sungguh-sungguh; nikmat dari gula. subhanallah!

sekian.


No comments: