waktu awan sedang galak menangis. dan waktu aku sedang menyorok di balik awan yang menangis. dan waktu aku sedang menyembunyikan tangisku diam-diam di balik tangis awan, dia pasti datang.
berlenggang-lenggok dengan payung pelangi ala-ala paddle pop, menghampiriku. ada saja yang disogok-sogoknya. ada saja yang ditawar-tawarkannya. ah, pendek kata, semua yang manis-manis. ah, ada-ada sajalah!
dia: "cukuplah-cukuplah, kawan."
aku: "itupun, kalau aku mengaku kau kawan."
dia: "aku setia."
aku: "untuk sementara." (al-hasyr:16)(qaaf:26-28)
dia: -gelak- "ahah, siapa saja yang kekal setianya?"
aku: "kawan."
dia: "akulah."
aku: "bukan."
dia: "habis?"
aku: "dia yang mencintai Allah." (az-zukhruf:67)(al-furqan:74)
a'udzubillahhiminasyyaithornirrajim. dia pun berlalu, tanpa berpayung lagi.
dia yang dengannya, aku boleh selalu berkongsi tentang kisah cinta Allah. dia yang padanya, aku boleh menangis haru kerana cintanya pada Allah. dia yang padanya aku boleh tagih secebis nasihat, kerana cintanya pada Allah. dia yang padanya, aku boleh hirup nikmat hidup kerana cintanya pada Allah. dia yang berusaha belajar, mengejar taqwa, kerana cintanya pada Allah. dia yang belajar mencintai Allah. dia yang sedaya upaya mencintai Allah. dia yang mencintai Allah. dan ya, dia yang mencintaiku kerana cintanya pada Allah.
dia itu, harapnya kita, kawan!
ya Allah, jadikan aku dan dia (yang-sedang-baca-ini), antara jenis 'kawan' itu.
ameen.
:')
_____
awan mula menangis
1742/21102011
sum
*kredit pic: rainbow umbrella
====

2 comments:
nak jadi 'dia' dan jenis 'kawan' itu. (:
yesss!
u're one of 'em!
xD
Post a Comment