Pages

Sunday, September 4, 2011

"sebab..hati saya mudah rosak."

ketika sama-sama menjadi pembantu pelajar minggu suai kenal, mereka bertanggungjawab mengedarkan kunci kepada pelajar baru dan ketika itulah Alif menemui pemilik hatinya. 

"apa hukumnya lelaki berutus surat dengan wanita?" Alif bertanya.

"segala-galanya bergantung pada niat dan cara pelaksanaan. jika niatnya baik, tidak menyalahi syarak dan tulus kerana Allah, tulislah." jawab Rafiqah.

"bagaimana pula yang dikatakan pelaksaan mengikut syarak?" tanya Alif.

"terus kepada sasaran, matlamat surat ditulis. jika hendak bertanya, terus ke pokok persoalan. jika hendak memberikan maklumat, terus beri maklumat. jika hendak memberikan tazkirah, terus pada tazkirah." yakin dan jelas jawapan Rafiqah. 

"tak payah salamkah? terus saja?" usik Alif.

"salam boleh. yang tak bolehnya kata-kata bunga yang membuai selepas salam itu." balas Rafiqah.

"ke hadapan saudari, itu tak boleh?" tanya Alif.

"tak boleh." tepat jawapan Rafiqah.

"kenapa tidak?" tekan Alif.

"oleh sebab daripada situ bermula zina hati. si perempuan atau lelaki mula terfikir.. oh manis kata-katanya, romantis bahasanya." sambut Rafiqah cepat.

"secara peribadi, awak setuju atau tidak perutusan surat antara lelaki dan perempuan?" duga Alif.

"tidak." jawab Rafiqah sepatah.

"sebab.." sambung Alif meminta Rafiqah meneruskan ayatnya yang tergantung.

"hati saya mudah rosak." jujur jawapan Rafiqah.


-setulus setia seindah nama, siti hazneza abdul hamid, hlmn. 65-66.



____
Allahhu Allah, kenapa sering terlupa? bahawa..
"hati saya mudah rosak."

hmm. :'(
kali ke-4; re-read

2 comments:

azk2121 said...

salam, mohon share di blog bole?

Umairah. said...

dah tentu boleh.
mg brmanfaat~ xD