A: Aku ada masalah. Bolehkah kau jadi pendengar? Mahukah kau pinjamkan aku, waktumu sesingkat yang mungkin?
B: Itu sesungguhnya hakmu, jika nasihatlah yang kau mahu dari aku. Ini pesan Rasulullah. Maka, wajar sekali aku penuhi. Ceritakanlah.
A: Ini bukan masalah wang. Bukan juga harta benda. Bukan soal pelajaran. Tapi, makhluk kompleks, bernama manusia. Objek tiada perasaan, sewenang-wenangnya kita boleh perbuat sesuka hati. Tapi manusia punya perasaan, kita tak mampu agak kata hati. Kau setuju?
B: Ya.
A: Jadi, apa nasihatmu untuk menenangkan hati yang serba kalut memikirkan tentang manusia? Kekecewaan mereka terhadap diriku. Kemarahan mereka, kebencian mereka, dan lain-lain.
B: Ketahuilah kawan, aku manusia lemah, tak selalu punya waktu untuk mendengar. Kebetulan, saat ini masa yang sesuai untuk kita saling berkongsi. Dengarkanlah nasihat ini.
Mungkin ada SATU kelegaan selepas kau meluahkannya padaku. Kepuasan kerana telah meluahkan masalahmu. Namun, tidak akan terselesai juga rasa kalut yang mendatangi hati.
Erm, mahukah kau, kalau aku cadangkan satu lagi cara demi memperoleh DUA kelegaan?
A: Kongsikanlah, agar hati aku lebih tenang.
B: Bila mengadu pada Yang Maha Kuasa, kelegaan pertama ialah ketenangan pada hati sendiri. Keyakinan, kepercayaan, dan keimanan kita pada kekuasaan Allah malah bertambah-bertambah. Dialah penyembuh saat sakit. Dialah pengaman saat takut. Dialah peneduh saat terik. Dialah penyaman saat dahaga. Dialah penenang saat gusar. Kerana Dialah sesungguhnya Maha Pencipta!
Keduanya, manusia di sekelilingmu antara makhlukNya juga. Pintalah agar dilimpahkan kasih sayang antara engkau dan mereka. Dihilangkan rasa mazmumah dalam diri. Ditautkan cinta dan disuburkan nikmat ukhwah fillah. Bukankah dengan keyakinan ini akan menemukan kelegaan yang kedua, bahawa Dia pasti akan memperbaiki hubungan kita sesama manusia? Bukankah juga penyelesaian ini yang kau mahukan?
Doa yang baik dengan cara yang baik tiada alasan untuk tertolak, kawan!
Berlarilah menuju Tuhanmu. Dialah yang PERTAMA, selamanya!
27 sept: praktis; Dia yang pertama! :D
____
rasa macam post ni complicated sikitlah. entah tersampaikah maksud entri? =.='
rasa macam post ni complicated sikitlah. entah tersampaikah maksud entri? =.='
btw, video nie macam relate jugak dengan post nih.
agak panjang, tapi boleh dengar sikit-sikit.
tak rugi, best-essttt~ :)
3 comments:
apa saja yang berlaku mesti utamakan DIA.. ^^,
:) alhamdulillah, maksud sampai. hehe. tq faaein!
apa yang saya cari, terima kasih
Post a Comment