Pages

Monday, July 4, 2011

Sindrom.

 


Skrol di bahagian kiri paparan Yahoo Messenger, ditarik memanjang menggunakan tetikus. Sebatang coklat bar dipepak. Vochelle mencair. Pahit-pahit manis yang nikmat membuatkan mulut itu tidak mahu berhenti mengunyah. Lagi dan lagi. Kaki yang di bawah terhinjut-hinjut, mengikut rentak lagu "Bingkai Kehidupan" dendangan Shoutul Harakah yang sedia terpasang menerusi komputer peribadi. 

"Mmm..belum online." Gumam dia dalam hati. 

Pantas tetikus dilarikan ke halaman yang lain. Paparan Al-Jazeera menyingkap dunia Libya yang masih huru-hara dengan kesombongan Ghaddafi. Kemenangan Erdogan di Turki. Beberapa kesan revolusi di Mesir. Kedudukan politik, dan kenyataan beberapa gerakan politik.  

"Kita yang pilih diri kita sendiri, atau rakyat yang pilih kita? Penting tu!"  

Tiba-tiba teringat kata-kata Rasya minggu lepas. Satu petang, di perpustakaan. Senggang masa antara waktu Zohor dan waktu kelas Science of Al-Bayan. Dia mencapai akhbar, dan terbaca mengenai isu Mesir. Mahu dijadikan cerita, terbabas pula sampai ke isu ini; sebab-sebab penolakan Ikhwanul Muslimin bertanding dalam politik.

Aku yang sedikit buta dunia politik, menadah telinga saja. 

"Yang mereka inginkan bukan kedudukan, kerusi atau pangkat. Paling penting, bersama dengan rakyat. Memperjuangkan hak, dan menuntut apa yang patut. Meraih kepercayaan! Sampai satu masa, rakyat yang akan pilih kita. Bukan kita yang mencadangkan diri kita sendiri!"

Tetikus bergerak pula ke media PalestinKini. Membelek isu-isu seputar pemberontakan yang tidak pernah habis. Masjid-masjid masih lagi rakus dibakar. Tanah-tanah dirampas sewenangnya. Dan masih juga mereka belum merdeka di tanah sendiri.

Buuuzzzz..!!

Paparan YM! bergegar. 

ea^gurl: assalamu'alaikum. sorry lambat. tolong mak sidai baju. xD

princess: wah! anak mithali. hee. :P 

ea^gurl: itu je kot yang aku pandai. haha. 

princess: erm, kau sihat ke? iman pekaba? qiyam ok? dhuha? tilawah? 

ea^gurl: jasad aku sihat. dalaman aku je yang KO. amal aku banyak dah kosong. hati aku macam semacam je. ;( 

princess: macam mana dengan plan kau nak ajar budak ngaji? jalan tak?

ea^gurl: takla. berangan je lebih. aku tak buat apa-apa. entah, rasa tak kuat.
princess: kita bukan hamba UIA. kita hamba rabbani. mana-mana pun taqwa.
ea^gurl: aku tau. entahlah, aku rasa maksiat mata kot. banyak sangat tengok tv. sampai tak tembus cahaya. 
princess: then, kurangkanlah! bila kita tinggalkan salah satu dari tabiat buruk, Allah akan tambahkan kemanisan yang kita tak pernah rasa. ini betul! :)
ea^gurl: hahhhhh.. ;( kau pun tau kan kisah handzalah. macam dia mengaku munafik depan abu bakar. situasi tu, memang sama! bila di UIA, rasa kuat. bila di rumah, mula la nak lemah.
princess: kisah tu bukti yang memang lemah tu ada. sedangkan handzalah pemuda badar saja, dah rasa iman lemah. kita, apatah lagi? tapi, jangan lupa. kita juga ada kisah mus'ab bin umair. kaya raya, tampan, manja. tapi boleh bersendiri, berdakwah di Madinah. kau pun tau kan, semua rumah di Madinah, tak ada yang tak didakwahi. malah, selepas itu ramai yang syahadah!
ea^gurl: habis tu, macam mana?
princess: kau kena jalankan jugak planning kita tu. kita kena ada suasana, yang boleh bantu jaga iman kita. oleh sebab kat rumah, takde halaqah. takde pengisian. kitalah yang kena jadi pembina suasana-suasana tu! macam ajar ngaji ke, ok ape? kelas tuisyen ke?
ea^gurl: aku usahakan. doakan aku! thanks banyak-banyak. rasa kuat n yakin sikit.
princess: :) terus-teruskan dengan amalan sunat. kita selamat, insyaAllah. doakan aku jugak. istiqamah memang benda paling susah. bukak surah Hud, ayat 112. ayat nie yang buat Rasulullah beruban, sebab terlalu fikirkan tentang nie; ISTIQAMAH. 

Vochell sedap. Manis. Nikmat. Lebih nikmat lagi, Allah menetapkan cinta pada Dia. Yang tak pernah surut, dalam hati. 

Tetapkan hati kami.

Amin.

"Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu.."
[Hud:112]

Wallahhua'lam.

*ps: 

cerita-entah-apa-apa di atas tiada kaitan dengan yang hidup atau mati. 
sekadar inzar buat diri, diri, diri, dan diri.
juga untuk  para penghidap sindrom takut cuti. 
kalian, selamat memanfaatkan cuti!  :) 

*notes:

lanjutan kisah pengakuan Handzalah: sini
lanjutan kisah Mus'ab b. Umair: sini
lanjutan hadis tentang berubannya rambut Rasulullah: sini

*kredit pic

No comments: