aku, sedarmu jendela. konon, sembunyi. menutup ruang-ruang dosa. tenggelam, aku dalam buta yang sesungguhnya. diam, tak peduli. haram, tak kisah.
ada, ya.
ya, ada.
ya, ada.
ada satu detik, jiwa terus mahu pura-pura. mata mahu tetap pejam, tak endah. mahu kuat-kuat jerit, pekak seketika. mahu angkuh, mahu tak peduli, mahu tak kisah atau apa, jendela akan terus luas terbuka. menyingkap satu hakikat; di bawah kepala. Dia Tuhan, dan aku hamba.
mahu lari? mahu malu? mahu hilang? mahu sembunyi, tak ada tempat selain kembali. hanya Dia.
sempit, bila berdosa.
sempit!
sempit!
No comments:
Post a Comment