Pages

Wednesday, July 13, 2011

Ir.

Ir. , 

A sensor is a device that measures a physical quantity and converts it into a signal which can be read by an observer or by an instrument. ~Wikipedia.

 
++++

"Subhanallah, cantik!" 

Gumam hati.

Satu saat dia menemui saya. Berbaju kurung, dan bertudung labuh litup. Warna peach lembut, menyerlahkan ayu. Sepadan benar dengan kulit mulus yang cerah. Saya perasan benar perubahannya, cuma pura-pura biasa.  

Bertemu seseorang dengan hijrah kita yang baru, adakala mencetuskan rasa malu. Apatah lagi kalau ditegur perubahan itu dengan tiba-tiba. Maka, saya memilih untuk membiarkan dia saja yang bercerita dulu. 

"Saya..malu la Kak."  

Itu patah-patah kata pertama yang terpacul dari bibir. Dia tunduk lagi. 

Untuk membuang segan, kami berborak tentang tudung. Ya, sekitar jenis tudung. Kedai-kedai yang best. Warna yang sweet dan comey. Jenis kain yang ok, dan macam-macam. Lama-kelamaan, dia makin selesa.  

Boleh dikatakan, hijrahnya cepat. Hanya sesudah beberapa mesej yang masuk inbox Sony Erricson saya yang tak berapa nak mahal. Hanya sehari sebelum dia menemui saya.

"Akak, kenapa orang pakai tudung labuh?"

Spesifiknya, saya tidak pasti niat masing-masing. Hak peribadi. Saya tidak merasakan salah, selabuh atau sepanjang apapun, selagi mana menepati syariat. Jawapan saya, ada yang terbiasa sejak sekolah menengah. Ada yang lebih selesa dan selamat dengan tudung yang lebih besar. Paling penting, mungkin saja lebih melindungi aurat, kiri, kanan, depan  dan belakang, dan ini meraih darjat taqwa yang lebih tinggi pada pandangan Allah. 

Soal itqan kita, sejauh mana kita bersungguh-sungguh menjaga  aurat. Soal ihsan, sejauh mana kita berusaha meraih pandangan paling baik di sisi Allah. Dan, soal taqwa; penuh hati-hati melindungi sisi-sisi yang boleh mengaibkan diri. 

Tiga aspek yang saya sendiri masih terhegeh-hegeh belajar tentangnya. Menjadikan  kesemuanya sebagai AKHLAK dalam hidup, yang ternyata tak semudah mengunyah Mamee Monster. Usah dikira jatuh bangun dan bilangan gagal. Sampai kini, masih juga dalam proses itu. Sampai bila-bila sekalipun!

Ini bukan entri tentang jenis tudung. Bukan tentang aurat. Bukan tentang saya yang macam bagus. Bukan juga tentang dia. 

Tentang HIJRAH!


++++

KRONOLOGI HIJRAH.

Kalau diimbas-imbas, saya cuma merasakan hati adalah sensor terbaik yang Allah cipta.

1. ILMU--->IMAN.  

Tapi, perlu ILMU. Dan hasil percambahan ilmu, kita akan tambah BERIMAN. Contohnya, dalam ayat ini saja, Allah menggunakan "fa'lam". Tahu dulu! Kemudiannya barulah datangnya tauhid dan iman. Pendek kata, ilmu akan mencambahkan iman.  



Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan dan (ingatlah) Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat).
[Muhammad:19]

++++


2. PENERIMAAN HATI.

Lalu, terpulanglah pada hati. Ada hati keras, yang tidak mahu menerima kebenaran. Dia akan terus buta, meski di dadanya penuh ilmu. Namun, ada juga hati yang lembut, dan mahu mencari kebenaran. Jalannya akan dipermudahkan, dan dia akan mendapat petunjuk.  


 

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
[Al-Ankabut: 69]


++++


3. SENSITIF DENGAN AMAL. 

Makin lama, hati jernih ini akan nampak kecacatan diri. Jahiliyah pada diri akan tersingkap satu persatu. Dia akan jadi orang yang sensitif. 

Entahlah, cuma saat hati makin cinta ilmu Allah, makin kenal dengan Allah, makin dekat dengan Allah, kita akan rasa banyak yang tak kena. Rasa malu bercambah-cambah. 

Saat menonton tivi, andai ada yang tidak kena selera iman, hati rasa tidak tenang. Melayan lagu-lagu yang tidak soleh, hati terasa lain. 

Melayari fb, hari demi hari, kadangkala status kawan-kawan membuatkan hati terpanggil untuk tahu tentang hal orang lain. Boleh jadi terbit pula suuzhon-sangka buruk, lama kelamaan hati membengkak. Parah!

Yahoo! Messenger, kalau ditegur lelaki ajnabi tiba-tiba hati rasa tidak selesa.

Dan adakalanya rasa malu dengan entri-entri ntah-hape-hape yang dikarang sendiri.  Bukankah Venus-ians suka meluahkan perasaan, dan adakalanya sedikit emo? Hmm, saya  terpaksa akur. Ini kes diri sendiri.  

Dulu layan novel jiwang versi tak bagus, sekarang dah tukar genre bacaan. Dulu bersin tak kata apa-apa, sekarang dah mula "alhamdulillah". Dulu pakai baju tak baca bismillah, sekarang dah tukar style, ada nama Allah. Dulu, jumpa orang tak bagi salam, sekarang dah pandai  senyum dan "assalamu'alaikum".

Dan mungkin juga dulu Quran seminggu sekali, sekarang wajib tiap-tiap hari.

Makcik Zah selalu ulang dan ulang. Kalau dekat dengan Allah, Dia akan tunjukkan jalan-jalan kebaikan. Dia akan nampakkan aib-aib kita untuk diperbaiki. Dia akan permudahkan urusan-urusan kita. Dia akan selalu jaga dan pelihara kita.

Emm. Macam yang dikatakan dalam ayat ini.


"Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yg benar. Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." 
[Al-Ahzab : 70-71]

4. KEKALKAN MOMENTUM SENSITIF


Tapi, jujur! Hijrah sungguh bukan mudah. Istiqamah lagi-lagilah terasa payah. Adakala hati menjauh dengan Allah. Ujian datang bila-bila masa yang akan menguji ketetapan hati, kekuatan janji, dan sejauh mana kita mahu dan sudah berubah? 

Bila jauh dengan Allah, sensitif itu akan makin lama makin hilang. Kemungkinan kita akan kembali pada kita yang mula-mula dulu. Hal-hal yang dulu dirasakan berat dan besar, kita akan rasa biasa. Mulalah hati nak menidakkan hukum Allah, dan mula rasa, "Ok saja! Aku bukan buat apa-apa pun." 

Mulanya, mungkin akan berbuat dosa sendirian. Lama-kelamaan, sensitiviti makin kurang, dan dosa akan dibuat secara terang-terangan tanpa rasa apa-apa!

Jalan kebaikan memang payah. Kerana Syurga itu sungguh mahal, kan? Malah, sikit sekali yang menempuhnya. 

Moga istiqamah. 
Meski berulang-ulang kali.
Berjuta-juta kali, kembali pada Allah.


KITA ADALAH INGENIEUR KEPADA HATI-HATI KITA. (:


"Aku amatur.
Didiklah, dan doakanlah."

Amin.



____
"keep struggling for Him, to be pleased with me." ~nouman ali khan, how to live a humble life part 1 & 2

"when you see, hear, or talk shameless deeds, but you can't feel anything, that is an indication that you've problem with your heart!" ~nouman ali khan, modesty and shame.

"if you are patiently wanting the pleasure from Allah, truthfully leaving things for the sake of Allah, He will replace it with something better.." ~shaykh ibrahim zidan, patience part 2.

*abaikan quote yang salah grammar, dan etc. sebab saya salin suka-suka hati ikut kefahaman sendiri. jujur-sejujurnya, english saya worst; ampun! its ok kan, as long faham sikit-sikit? sharing is loving! sekian, terima kasih. (: 




11 comments:

Nur IHJ said...

Assalamualaikum wbt,

rindu kat ukhti, kaifa halik?... suka cara tulisan ukhti, banyak berinteraksi dgn kalam Allah. Doakan juga ana bisa seperti enti ya. sukanya bila diri dekat dengan ayat2 Allah.

Umairah. said...

w'salam wrt. :)

alhamdulillah, wa ana kaman. ana bikhayr, insyaAllah.

taklah nuri, umy just dgr video2 di u tube. dgr pnyampaian sheikh/ustaz2. sheikh2 nie yg byk ulas ayat2 Al-Quran.

then, kita tgk blk, highlight, tulis, dan cuba apply dlm hidup. nuri pun bleh try jgk. ;)

cuba nuri try sini. ada byk video.

www.quranweekly.com
www.halaltube.com
www.thedeenshow.com

i'A, bhs yg dia guna simple. senang nak faham. plg best bila dia kaitkn ayat quran dgn hidup kita seharian. kdg2, ada dia bg falsafah di sebalik ayat2 quran. cth, knapa Allah guna pkataan ini dan ini. takjub!

alhamdulillah.

selamat mendengar. :D

nusrah said...

assalamualaikum..
have been here and read a lot of ur entries. This is my favourite one!!

Agree, bukan senang nak berhijrah dan kekalkan momentum istiqamah. Sekali sudah diberi hidayah, kena grab abes..

Thanks 4 sharing. Banyak awak share ayat alQuran..Oh, nice knowing you ukhti, salam perkenalan.. :)

Umairah. said...

w'salam wrt. (:

jazakillah.

huruf-huruf nie sesungguhnya lbh dekat dgn penulisnya.

mhn m'doakan sy mampu mengotakan apa yg dikata.

amin3.

nice knowing u too, nusrah.
btw, ukhti.. nti uia jgk? (:

salam kenal. xD

nusrah said...

hmm..nop..ramai yg teka sy budak UIA.eheh. Sy pun x pasti kenapa. Maybe sebb ramai kawan blogger from UIA gak.
Sy student kat UM..What should i call u?? Umairah mungkin..or Kak Umairah if u older than me.. ;) ;)

Umairah. said...

(:

oh ye? amek coz ape?
tak kisah apa2 pn. ikut mana yg sng.

kwn2 slalu pnggil umai/k.umai je. xD

oh, i'm 22.

nusrah said...

oh..sory sgt2 lmbt reply..
baru ni sempat nak buka blog kawan2..
amik applied science with islamic studies (majoring IT)..guess what?? we're born in the same year..!!

im also 22 just like u umai ;) ;)

oh, btw ukhti, student uia kah?? amik ape??

Umairah. said...

hehe. takpe. :D

subhanallah. gabung sc n islamik studies. hebat! hehe. :)

btw, sy ada sorang kawan kat situ. dia pun 22. mgkn sama batch dgn awk? syafika amir hamzah. :D

ye. sy uia. sy amik arabic kat sini. :)

nusrah said...

MashaAllah..kenal sangatttt and rapat..
Memang kami satu batch..
Then, if u know her, i guess u are from penang..eheh,cause iqa also from penang.
Kenal Nuri Hanani tak?? dia pun amik B.Arab kat UIA, b4 this dia amik asasi kat UIA Nilai.Maybe dia satu batch dgn awak. :)

Umairah. said...

oh ye ke? hehe. alhamdulillah.

yerp. i'm from penang. XD
tp, agk jauh jgk dgn umah ika.

kenal3. :D pun rapat jgk dgn nuri.
stu skolah dgn dia ke dlu? or cmne knal?

keciknye dunia. heh.

nusrah said...

subhanaAllah...keciknya duniaaaa.
eheh, aah. sy memang satu sekolah, satu kelas dgn dia masa form 4 n form 5. Allahu Akbar, tak sangka sgt nih. Really nice knowing you ;) ;) ;)