A: "Tak. Bukan macam tu. Aku cuma.."B: "Cuma apa? Ah, kau terlalu defensif!"
Dia diam. Berlalu, tanpa kata walau sepatah. Sebersalah menggunung. Mungkin saja aku terlalu berkasar. Sedangkan saja, teguran untuk pembaikan, bukan memalukan.
+++
A: "Apa benar, aku terlalu defensif?"
Dalam-dalam dia merenung. Menguis-nguis makna kata defensif. Terduduk, lalu mencapai sebotol air mineral. Rakus. Urat lehernya tegang.
DEFENSIF.
Defensif. Cubaan membela diri ketika ditegur. Sedang kesalahan jelas depan mata.
Defensif. Sombong! Merasakan diri hebat, sedangkan manusia punya ruang-ruang lemah.
A: “Ya Allah..ternyata aku sombong!”
Air mata pun berjujuhan. Laju.
+++
A: “Maaf, aku terlalu berkasar.”B: “Tidak, Kawan. Terima kasih untuk kata tu. Aku defensif. Lebih teruk lagi, sombong!”A: “Setiap orang punya kelemahan, Kawan..”B: “Dan.. baru aku sedar, itulah lemahnya aku. Aku..aku..defensif!”A: “Sedarkah kau, ‘Ali gunakan marahnya untuk Allah. Abu Dujanah gunakan sombongnya untuk jihad. ‘Umar gunakan kerasnya untuk hijrah. Tiada salah kau gunakan defensif kau untuk agama, Kawan! Pandangilah ia sebagai kelebihan, bukan kelemahan.”
+++
Tarbiyah sesungguhnya mengajar keterbukaan dalam memberi dan menerima.
Sungguh! Aku tak pandai berbicara lebih.
Cumanya, adakala kita terlalu defensif. Saat ditegur, tergadah mencari apa saja alasan. demi membela diri. Untuk pengetahuan, aku begitu.
Cumanya, adakala sensitif kita dimanjakan terlalu lama. Emosi kita kadangkala direbus sehingga lembik hinggakan terlalu payah menerima teguran dan nasihat. Untuk makluman, aku juga jenis yang ini.
Cumanya, kita kurang membelek keperwiraan sahabat. Bukankah keperwiraan mereka hakikatnya datang dari kesediaan ditegur bila-bila masa? Dan, bukankah keperwiraan mereka lahir dari kesediaan belajar? Belajar menukar kelemahan pada saat jahiliyah, kepada kelebihan pada saat Muslim!
Pernahkah kau dengar kisah Tsabit bin Qais? Si pemilik suara keras? Ayuh, aku perdengarkan lagi.
+++
Tsabit Bin Qais R.A adalah juru ceramah kaum Ansor. Dia memiliki suara yang keras. Ketika ayat kedua dari Surah Al-Hujurat turun, dia menghilang dan tidak berani menemui Rasulullah S.A.W. Ketidakhadiran Tsabit bin Qais menaik perhatian baginda.
Rasulullah S.A.W berkata kepada Sa'ad bin Mu'adz R.A :
“Hai Abu 'Amr, apa yang terjadi pada Tsabit, apakah dia sakit?”
“Setahuku dia tidak pernah mengeluh sakit,” jawab Sa'ad.
Sa'ad kemudian mencari Tsabit bin Qais R.A dan ternyata dia sedang duduk termenung di rumahnya dengan kepala tertunduk dan air mata berderai sambil berkata :
“Aku penghuni neraka!”
“Apa yang terjadi pada dirimu?” tanya Sa'ad.
"Kaliankan tahu di antara kalian semua, ketika berbicara di hadapan Rasul, suara aku adalah yang paling keras. Bukankah ALLAH S.W.T telah mewahyukan, yang ertinya :
“Apa yang terjadi pada dirimu?” tanya Sa'ad.
"Kaliankan tahu di antara kalian semua, ketika berbicara di hadapan Rasul, suara aku adalah yang paling keras. Bukankah ALLAH S.W.T telah mewahyukan, yang ertinya :
“Hai orang -orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu lebih dari suara Nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara yang keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lain, supaya tidak hapus (pahala) amalanmu sedangkan kamu tidak menyedari.”
[Al Hujurat: 2]
“Nah, akulah penghuni neraka!" jawab Tsabit dengan air mata berlinang.
Sa'ad kemudian kembali menemui Rasulullah S.A.W. dan menceritakan keadaan Tsabit. Setelah mendengar cerita Sa'ad, Rasulullah S.A.W bersabda :
"Pergi temui dia dan katakan padanya bahawa dia bukan calon penghuni Neraka, tetapi dia adalah calon penghuni Syurga."
kisah ini dipetik dan diolah dari: sumber
+++
Menerima kelemahan dengan teguran.
Menyedari kelemahan dengan muhasabah.
Menyikapi kelemahan dengan pembaikan.
Allahhu Allah.
T.T
T.T
ps:
*i'm learning. a full-time learner!
*i'm learning. a full-time learner!
*kredit gambar: sumber
No comments:
Post a Comment