Pagi membengkak dengan gemulan-gemulan biru. Ciuman burung mengena barangkali. Demikian terkisah sebuah ceritera alam. Alam langit. Sedangkan yang di bumi, asyik berbicara. Nyatanya, yang dialami adalah kebengkakan perasaan yang tidak akan pernah sudah.
Aku: Aku rasa sakit. Sakit sekali!
Kau: Jumpa saja doktor. Ah, atau perlu Kau kata Aku harus jumpa Aku?
Aku: Kau tahu kawan, Aku bukan doktor hati. Sedang, yang sakit itu adalah hati.
Kau: Allahu Yashfi! Dia doktornya!
Aku: Ya, Kau betul. Betul sekali.
Kau: Ada dua hal yang harus Aku tahu.
Aku: Apa?
Kau: Pertama, takdir telah tercipta. Kedua, hidup ini ada menang dan kalah.
Aku: Takdir dan hidup?
Kau: Aku akan kalah, kalau Aku menangisi takdir. Aku menang, kalau Aku redha dengan takdir. Menang atau kalah, itu pilihan. Sedangkan takdir, kita tak punya pilihan.
Aku: Jelaskan. Aku kurang mengerti.
Kau: Sebabkan kita tak punya pilihan, dan setiap takdir itu telah ditetapkan, mengapa harus Aku pilih untuk berduka? Sangat rugi bukan, sedangkan kita boleh redha dan gembira? Apapun jua, ia tetap akan berlaku.
Aku: Aaaaahh.
Kau: Aku hanya bakal memusnahkan emosi dan rasa syukur. Tahukah Aku, orang yang bersyukur, energi positifnya tinggi? Dan, energi itu akan disalurkan pada orang lain. Tempias dari seorang Aku, sedarkah bahawa orang lain akan beroleh positif itu juga, Teman!
Aku: Bagaimana kalau sukar sekali untuk Aku pujuk hati?
Kau: Minta pada Tuhan, hati yang redha. Dia akan bagi, asalkan Aku tak sombong, dan terus meminta! Sangat senang, bukan?
nota:

+++
Ali bin Abi Thalib went to As'ath to console him upon the death of one of his sons. He said, "If you are sad, then you are deserving of mercy, but if you are patient, then Allah gives you something in place of what was lost and destroyed. And know that, if you are patient, everything that was destined for you, and preordained for you will occur and you will be rewarded. If you complain and are hopeless, then likewise all than was destined for you will occur, except that you will be blamed for your impatient at Allah's will.
nota:
*thanks pada orang yang bagi kata-kata Saidina Ali kat atas. ^_^
*anggaplah "aku-kau" nama orang. xD
1 comment:
Saya nak jadi doktor.
Nak jadi doktor.
Nak jadi doktorrrrrr!
Post a Comment