Pages

Wednesday, June 8, 2011

Memo 3.30!

 

Awak,

Ikhlaskan HATI; buat bukan kerana kepentingan diri. kita bukan mengajak pada diri, tapi menyeru kepada Allah. atau jangan buat sebab orang suruh buat. beramallah sampai tak ada rasa sakit bila disakiti. tak ada resah kalau dikeji. dan bersungguh-sungguhlah, sebab Allah yang nilai. semata-mata lillah ta'ala! great!

Baiki HATI; kurangkan maksiat hati, sedikit demi sedikit. atau kalau terdaya, zerokan. tapi, manusia mana maksum, kan? mujahadah untuk buang karat-karat jahiliyah yang boleh dikikis. sampai sebati jadi akhlak, dan dah tak terasa nak ringan-ringan dengan maksiat walau sekecil-kecil perkara.

Dan..bulatkan HATI; berdoa kepada Allah setulus-tulusnya! mohon pertolongan Allah. percaya dan yakin dengan sebanyak-banyaknya! 

setelah itu, selebihnya urusan Allah.  

Kau takkan pernah kecewa!
TAKKAN pernah.



peace. v[^_^]v
 jaga iman. jaga hati. jaga ikhlas.
 ~umairah/8 jun 11/3.30 p.m


++++


"Aku tidak memiliki obsesi agar doa itu terkabul. Obsesiku hanyalah keinginan untuk mengucapkan doa. Kerana apabila aku terinspirasi untuk berdoa, pengabulan itu pasti datang beriringan, tatkala doa itu diucapkan."~ Saidina Umar Al-Khattab.








No comments: