Pages

Wednesday, June 29, 2011

DETACH.

 


CINTA yang salah membuatkan kita seakan hilang bebas.
Tidak lepas.

Macam penjara!

CINTA pada laptop Toshiba. Pada blog. Pada kucing. Pada kekwa. Pada compartment. Pada tilam. Pada jam Casio. Pada buku-buku. Pada motor. Pada Sony Erricson. Pada kemeja Goggle. Pada beg Body Glove. Pada kasut belang Converse. Pada twitter. Pada facebook. Pada pujian manusia. Pada limpah budi manusia. Pada hadiah-hadiah. Pada pangkat. Pada studi dan CGPA. Pada mak ayah. Pada kau.

CINTA Allah, menumpahkan tenang.
CINTA nafsu menzahirkan gelisah. 

Kita takut ditinggalkan. Kita risau ditarik kekayaan. Kita resah digagalkan.

Namun, kadang-kadang kita tetap..

Kehilangan barang yang kita sayang.
Ditinggalkan teman rapat atau pujaan hati.
Ditarik nyawa bonda atau ayahanda tercinta.
Dibenci manusia sekeliling.
Ditarik nikmat kejayaan.

Dan betapa kita rasa sayu-sesayunya. Sedih-sesedihnya. Sepi-sesepinya. 

Kesatlah air mata, ayuh kita belajar menanam rasa SYUKUR

Kerana betapa Allah telah menjauhkan kita dari hal atau benda yang kita terattach dengan sungguh-sungguh. Tanpa sedar telah terkebelakang cinta Allah, dan terdahulu cinta yang lain. 

Allah hanya mahu kau kembali. Kita kembali. Pada Dia selayaknya!

Allahhu Allah.

"Jika engkau bersyukur, maka akan Kutambahkan (nikmatKu), dan jika engkau kufur (ingkar), sesungguhnya seksaKu amat pedih."

[Ibrahim: 7]

Meninggalkannya dengan niat mencari redha Alllah, Dia pasti akan menggantikan dengan yang lebih baik! Allahu Ghoniyy!

SABAR!
Wallahhua'lam.




No comments: