Pages

Wednesday, May 11, 2011

Pemula.

 
pagi

 
9 a.m

 
malam


Sem 3 baru mula.

Selasa, sudah bermula kelas pertama. Science of Al-Bayan. Dan, saya sungguh yakin, hati rasa puas. Tenang juga. Kesimpulannya, semuanya baik-baik saja. Termasuk roomates baru yang memang tiptop. Jenis yang early-morning-person. Pendek kata, sefikrah.

Pengudaraan dan pencahayaan yang cukup-cukup baik. Waktu pagi, saya boleh lihat matahari terbit. Dan, waktu maghrib, saya boleh menikmati suasana senja dari atas. Oh, pemandangan rasa luas. Saya boleh pijak bumi, pada masa yang sama jejak langit. 

Macam sem-sem lalu, akan ada harapan-harapan, dan azam-azam baru. 
Malu nak menconteng di sini, jadi biarlah berdakwat atas kertas sahaja. 

Saya seorang pengimpi,
Dan biarkanlah pengimpi itu bermimpi.

Mimpi hari ini, adalah kenyataan hari esok, begitu kata Al-Banna.
Moga mimpi-mimpi itu bakal jadi nyata.
Cepat atau lambat, itu hanya soal masa.

Yang penting, tahu bermimpi.
Dan sedang BERUSAHA,
Untuk berniat dengan BENAR.

Salam dari atas bumbung,
Sumaiyyah.

Peace!




kelas.
bye!

No comments: