Pages

Sunday, May 15, 2011

Challenge.



Terlalu banyak kelemahan dari dalam diri yang makin jelas dan nampak hari demi hari. Saya rasa makin teruk, dan makin meluat dengan diri sendiri.

Benci dengan kejahilan. Benci dengan kekurangan yang boleh diubah. Benci dengan sifat-sifat buruk dalam diri. Banyak, sungguh banyak.

Dan, saya merasakan yang saya perlu berubah sedikit demi sedikit.
Tapi, yang sering bermain di minda, adalah bagaimana untuk berubah?

Saya seringkali gagal dalam mengawal emosi dan tindakan sendiri. Terlalu. Saya tak tahu nak mengkhabarkan pada siapa, tak tahu sebanyak apa lagi perlu saya conteng dengan dakwat-dakwat baru. Berkali-kali sudah.

Umairah, tulislah semua kelemahanmu, satu persatu. Dan tulislah, apa saja yang kau mahu berubah dan berbuat. Mulakanlah dengan langkah pertama. Mulakanlah!

Belajar, belajar untuk berubah!

Cubalah, walau 1000 kali gagal. Allah tahu, kemahuanmu. Dia tahu!

Hmmm.
Mahu tulis lagi.

Nilai yang kau WAJIB ada mulai dari masa sekarang!
1.    Tepati masa.
2.    Kerja cepat siap.
3.    Menghargai masa.
4.    Tidur dan makan dengan kadar secukupnya.
5.    Jujur.
6.    Ikhlas.
7.    Amanah.
8.    Professional.
9.    Positif.
10.  Available dan flexible.
11.  Dakwah nombor satu, study bukan nombor dua!
12.  Berfikiran jauh. Berwawasan- planning mesti teratur.
  • -planning DK
  • -planning halaqah
  • -planning bidang kerja
  • -planning study
  • -planning harian

 13.  Ukhwah- peramah dan keterbukaan tinggi. 


Mulai dari SEKARANG juga, tulis semua itu dan macam mana nak capai. You can do it! 

Now, we BEGIN the challenge. 

Gambatte! 

No comments: