"Dia lah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu berehat padanya, dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya perubahan malam dan siang itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu mendengar (keterangan-keterangan yang tersebut dan mengambil pelajaran daripadanya)"
[Yunus:67]
"Dan di antara rahmat pemberianNya, Ia menjadikan untuk kamu malam dan siang (silih berganti supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur."
[Al-Qasas:73]
"Allah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu berehat padanya, dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia seluruhnya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur."
[Ghafir:61]
"Dan Dialah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian, dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki."
[Al-Furqan:47]
Katakanlah: "Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan malam kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat; Tuhan yang manakah yang lain dari Allah, yang dapat membawakan cahaya yang menerangi kepada kamu? Maka mengapa kamu tidak mahu mendengar (secara memahami dan menerima kebenaran)?"
[Al-Qasas:71]
Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan siang kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat; tuhan yang manakah yang lain dari Allah, yang dapat membawakan malam kepada kamu untuk kamu berehat padanya? Maka mengapa kamu tidak mahu melihat (dalil-dalil dan bukti keesaan dan kekuasaan Allah)?"
[Al-Qasas:72)
+++++++
Ahhhhhh..
Waktu pagi rasa sungguh menyegarkan.
Waktu malam rasa amat menenangkan.
Waktu tengahari sebelum Zohor, disunatkan lagi berqoilulah-tidur sekejap.
Waktu itu menyuramkan, dan sungguh agak meletihkan.
Boleh dikira macam topup tenaga sekejap sebelum sambung kerja balik.
Kalau direnung, subhanallah!
Maha Hebatnya Allah, menyusun waktu dengan sungguh-sungguh teratur.
Kena sekali dengan fitrah kita sebagai manusia.
Sebab itu kalau kita cuba melawan fitrah, rasa lain macam saja. Contohnya kalau bangun lambat, kepala rasa pening. Mood kadang-kadang lari. Rasa tidak bersemangat. Hati rasa semacam dan tidak tenang. Hari pun boleh rosak. Mungkin juga kalau tidur lambat, kesihatan akan terjejas. Dan macam-macam lagi.
Kan?
Dan, waktu pagi dan petanglah, Allah menyeru hamba-hambaNya supaya berzikir dengan sebanyak-banyaknya.
Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya.Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang.Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya (memohonkan ampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman.Salam penghormatan kepada mereka (orang-orang mukmin itu) pada hari mereka menemui-Nya ialah, "salam", dan Dia menyediakan pahala yang mulia bagi mereka."
[Al-Ahzab: 41-44]
Kalau ikut logik, sebab pagi itu permulaan hari. Harusnya, kita bersyukur masih dikurniakan nafas lagi. Dan, biar energi untuk bekerja itu bertambah-tambah dengan mengingati Allah.
Dan kalau sebab petang pula, kita sudah penat bekerja. Maka, kepenatan itu biar hilang dengan mengingati Allah sebagaimana Rasulullah s.a.w. meminta Bilal "merehatkannya" dengan solat. Tapi, kadang-kadang tertidur juga selepas Asar. Kadang-kadang terlepas juga Al-Ma'thurat. T_T Haishh.
Dan sebenarnya banyak lagi hikmah peredaran waktu dan kepentingan penggunaannya. Siap ada kajian lagi kalau dibaca dan diteliti.
Hmmm.
Subhanallah! Allah itu Maha Hebat, kan?
Moga Allah golongkan kita dalam golongan hamba yang taat.
Amin.
Amin.
Amin.
I love You..Allah!
Thank you Allah!
:)
sebenarnya still lagi tercari-cari,
bila sebenarnya primetime diri sendiri untuk study?
yang pasti bukan petang.
huhu.
and..when is yours?
selamat study!
:)
:)
No comments:
Post a Comment