Pages

Sunday, March 20, 2011

Tawar.

atas jalan-sp /19 mac

Berteduh seketika. Meraup masa-masa lalu, bawah cahaya bulan. Sinarnya seperti memancar episod demi episod. Aku diam kaku. 

Ar-Rahman masih lagi dipimpin imam. Sujud rukuk itu, membuahkan rasa. 
Sebak dan sebersalah yang menyatu. 
Dan, cahaya itu tanpa peduli masih juga memutar masa-masa yang tertinggal. 

Bila aku tersedar kembali, nyatanya yang aku bawa hanyalah puing-puing debu tak bermakna. Yang aku bawa menggunung adalah hati "bersih", tak terluka. Yang aku bawa adalah kanvas tak berwarna. Yang aku bawa adalah menu tanpa perisa. 

Kosong sekali.

Bila mahu melangkah lebih berani dan gagah?
Bila mahu mengganda daya dalam usaha?
Bila mahu berpotensi dan berdaya guna?
Bila mahu kau sekat emosi dan rasa?
Bila mahu lebih jiddiyah dan ikhlas?

Hmmmh. 
Berulang-ulang pertanyaan menyesak.
Medan ini belum pun menguji,
dan lemahnya aku merasakan sudah teruji.

Perteguhkanlah langkah.
Tsabatkanlah jiwa.
Tetapkanlah hati.

Di sepanjang tahun ketiga, apa yang kau mahu?
Di pengakhiran tahun kedua, apa yang kau kecap?

Namun,
sesungguhnya,
mahu sekali 
aku jadi 
SESEORANG.









hmmmh.
kosong!

No comments: