Pages

Friday, March 4, 2011

Satu Permintaan.

Selagi tidak mensyirikkanMu, ya Allah..
Tempat yang selayaknya untuk seorang ibu dan ayah,
Hanyalah di Syurga.

Aku tak tahu nak panjangkan kalam seluas apa,
Sedalam mana,
Setinggi apa,

Aku tak tahu,
Sebanyak mana butir air mata yang harus aku titiskan,
Sebanyak mana darah yang harus aku tumpahkan,

Atau 

Sebanyak mana patah kata untuk aku bisikkan pada pagi petang,
Siang malam,
Tengahari senja,
Hujan panas,
Teduh terik,

Atau

Rintihan yang sesayu dan selirih apa..
Patah-patah doa yang sekhusyuk apa..

Untuk kau perkenan doa-doaku..
Agar kau makbulkan permintaanku..

Aku tak tahu.
Benar-benar tak tahu.

Cuma,
Keyakinanku hanya satu,
Kepercayaanku bulat, tekad, padu..
Kau akan makbulkan,
Pasti.

Sedikit atau banyak,
Aku tiada pernah peduli,
Kerana aku tahu kudratMu melebihi segalanya..

Harapanku hanya satu,
Muliakan mereka dengan SyurgaMu.
Muliakan mereka dengan salam malaikat-malaikatMu,

"salamun 'alaikum bima sobartum". (Ar-Ra'd: 22)

Solehahkanlah aku,
Agar doa ini benar-benar sampai padaMu,
Tanpa hijab,
Dan..aku sesungguhnya rayu.

:'(





luah sepenuh-penuh hati.

No comments: