Tunduk.
++++++
Tipu kalau ada yang cakap tak letih. Tak penat. Tapi, ini semua wasilah tarbiyah. Program yang disusun membentuk jiwa. Melatih peribadi. Mencungkil potensi.
ibadah..yakin benar?
akhlak..sudah mantap?
tubuh badan.. fix tak?
ilmu agama..ehwal umat, isu semasa?
bab-bab mujahadah, dah settle?
bab urus waktu, ada ok?
segala macam hal, tersusun tak lagi?
independent tak?
pernah bagi manfaat kat orang lain?
Sebab itulah, kena cepat-cepat. Kalau tidak, proses empat tahun di UIAM tak terasa apa-apa. Tak boleh lengah-lengah, sebab umat di luar sana tengah menunggu. Memang itulah pun proses tarbiyah. Menjadikan diri fleksibel seboleh-bolehnya.
On-call.
Kalau dulu jenis yang fix dengan masa ini dan masa ini, maka hari ini kena bertindak ikut prioriti. Memang menguji juga mulanya.
Nak cope antara tabiat yang dah terbiasa dengan peruntukan masa sendiri, dan on call yang tadi itu, memang sungguh menguji nilai sabar. Menguji ikhlas kita. Nak mengaduh? Nak lari? Atau nak beri alasan? Hakikatnya, kalau yang betul-betul sibuk, memang masa tidur akan kurang. Masa bersantai-santai dan berehat pun akan kurang. Inilah namanya penggunaan maksimum untuk Allah. Itupun, kalau apa yang dibuat seiring dengan niat, insyaAllah. Memang inilah pun yang akan ditanya di akhirat kelak.
Masa muda diperuntukkan untuk apa?"
Hmmm.
Masih. Kadang diri pun tunggang terbalik. Bukan kadang-kadang, memang SELALU pun. Saat iman melonjak-lonjak, memang wajah masih gigih menampal senyum. Letih semacam apa pun. Dan, geram sungguh saat iman menurun. Mulalah terasa ini, terasa itu, nak bagi alasan ini, nak bagi alasan itu.
Allahu Allah..
Lembik! Itu saja boleh dikata.
Medan yang menguji nilai ikhlas. Nilai jiddiyah, atau kesungguhan.
Kau nie..nak ke tak nak sebenarnya?
Takut, sampai satu masa Allah melemahkan keinginan hati, macam yang disebut dalam Surah At-Taubah.
"Dan jika mereka mahu berangkat, tentulah mereka menyiapkan persiapan untuk keberangkatan itu, tetapi Allah tidak menyukai keberangkatan mereka, maka Allah melemahkan keinginan mereka, dan dikatakan kepada mereka, "Tinggallah kamu bersama orang-orang yang tinggal itu." (At-Taubah: 46)
Sebabnya, memang terang lagi bersuluh. Pernah kita dengar orang yang perjuangkan agama Allah itu, orang yang lembik? Tak ada lagi dalam sejarah. Ada yang menentang kuffar itu, imannya hangat-hangat tahi ayam saja? Tak pernah disebut dalam kitab sirah. Ada yang jenis bersantai-santai? Lengah dan bertangguh? Ada, tapi bukan namanya pejuang.
Hmmmh.
Kadang, ayat-ayat dalam At-Taubah ini memang selalu menempelak diri sendiri. Menampar hati sekuatnya. Menerajang mimpi dan angan-angan palsu. Jauh-jauh. Terasa sekali ke ulu hati. Dalam yang cukup dalam.
Ada peringatan yang keras, ada suara yang mencabar, dan ada juga motivasi yang mendesak.
"Berangkatlah kamu, baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik jika kamu mengetahui." (At-Taubah: 41)
Lagi..
"Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak berapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan nama Allah, "Jikalau kami sanggup, tentulah kami berangkat bersama-samamu." Mereka membinasakan diri mereka sendiri, dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta." (At-Taubah: 42)
Keuntungan yang sukar sekali diperoleh..
Perjalanan yang jauh dan perit..
Kalau nak diikutkan, sebenarnya untuk tahapan sekarang, harusnya diri tak boleh lagi nak disumbat dengan kata "letih". Sebab hakikatnya masih punya masa untuk update blog. Untuk bergurau senda. Untuk singgah cafe. Untuk bergelak tawa, bergurau senda. Untuk macam-macam lagi. Belum boleh dikatakan "MILITAN" lagi sebenarnya.
Huhh.. memang TAK langsung. Langsung-langsung!
Hakikatnya, tak berbuat apapun lagi. Baru sekadar menghangatkan diri, belum lagi memberi walau sedikit.
Huhh.. memang TAK langsung. Langsung-langsung!
Hakikatnya, tak berbuat apapun lagi. Baru sekadar menghangatkan diri, belum lagi memberi walau sedikit.
Allahhu Akbar.
Jadi, tak ada alasan pun sebenarnya untuk tidak berbuat. Untuk tidak melangkah. Untuk mengaduh letih. Untuk apa-apa lagi yang sewaktu dengannya.
Ya Allah..
Teringat pesan ustaz-yang-susah-sekali-disebut-namanya, dalam satu majlis ilmu Khamis lepas. Kata beliau, nanti di akhirat bukan semua boleh jumpa Rasulullah S.A.W. terang-terang. Ada tahapannya, dan malaikatlah yang akan menapis kita satu persatu. Macam tunggu giliran. Layakkah kita atau tidak?
Ermm..ilmu baru untuk diri..
Ermm..ilmu baru untuk diri..
Dan, kalau diberi kesempatan untuk berjumpa pun, ustaz kata, apa yang kita nak kata pada baginda bahawa kita memang sungguh-sungguh CINTA akan baginda?
kita..selalu berselawat?
kita..betul-betul kenal Rasulullah? sahabat baginda? perang baginda? makan baginda? tidur baginda?
kita praktik sunnah.. hafal Al-Quran? hafal hadis?
kita..belajar bahasa baginda? atau yang dah belajar, ikhlaskah belajar?
kita..selalu belek Fiqh Sirah? ermm..atau Sirah Ibn Hisyam? atau..Raheeq Makhtum? atau paling lekehlah, selalu tak baca kisah-kisah yang ada cetak dalam Bahasa Melayu? buku kanak-kanak kisah anbiya' tu ke?
kita..ikut jalan baginda? kita sokong risalah baginda? kita teruskan perjuangan baginda?
Ya Allah..memang sungguh rasa bersalah.
Ustaz sambung lagi,
Jadi, macam mana nak kata, atau nak betul-betul buktikan kata-kata, "Ya Rasulullah, aku sungguh mencintaimu.."
Hiba. Sebak. Tak tertanggung. Terpempan semua yang mendengar.
Fikir-fikir. Renung-renung.
Dan bila tenggelam dalam muhasabah, biarlah seletih apapun, sepenat manapun, sesukar dan setinggi apapun gunung mujahadah yang perlu didaki, mohon Allah tsabat dan teguhkan hati. Takut sekali Allah palingkan hati, lemahkan keinginan dan semangat, jauhkan diri dari jalan yang haq.
Sedarkanlah ya Allah pada diriku, bahawa..
Sedarkanlah ya Allah pada diriku, bahawa..
"..pejuang Allah itu bukan lembik.
tentera Allah itu, keyakinannya melangit. imannya mantap.."
Ya Allah..
Jadikanlah kami seteguh Al-Hawariyyun!
Amin.
kuunuu ansorallah!
mode: motivate diri.
No comments:
Post a Comment