Pages

Sunday, February 27, 2011

Lebur.


“Akak..Umy..” 

Terketar-ketar. Aku hilang kata. Tertunduk serendah-rendahnya. Pipi mulai basah. Dan, air mata mula lebat bercucuran. Deras-sederasnya. Laju-selajunya.

“Adikku, kenapa nie sayang?”
 
Dia cemas. Jemariku dicapai, dan diramas sekuatnya. Aku dipimpin ke satu sudut. Dibiarkan reda sekejap, moga-moga taluan esakan itu sunyi seketika. Biar mulut pula mengambil tempat, bersuara.

Allahhu Allah..

Saat itulah, keegoan melebur. Segala magma yang terpendam lama, dibiar mengalir. Lava-lava meletus, dan aku tenang sendiri dalam panasnya semangat seorang kakak. Berapinya nasihat-nasihat. 

“Umy, adikku sayang..

Perbaharui taubatmu. Mungkin imanmu saat ini tidak mampu untuk membentengi dugaan-dugaan ini. Istighfarlah sebanyak-banyaknya..

Perbanyakkan tilawah, Dik. Biar lagu-lagu nyanyian Tuhan menenangkanmu. Perbanyakkan ibadah-ibadah sunat, dari situlah kekuatan akan datang.

Ujian ini tanda kasih Tuhan, untuk meninggikan imanmu. Kuatlah, bertahanlah.

Ujian ini hanya setitis cuma. Dan, kau akan menempuh yang maha hebat lagi, maka bersabarlah, adikku..

Inilah namanya tarbiyah, Dik. Bagi menguji keikhlasanmu, kesabaranmu, kekuatanmu..

Tersenyumlah dengan ujian. Perbanyakkanlah sujud, dan berdoalah sepuas-puasnya. Rintihlah kelemahanmu, pintalah dipinjamkan kekuatanNya, kerana Dia itu suka sekali diminta. 

Hikmah itu adalah barang mukmin yang tercicir. Carilah hikmah di sebalik setiap ujian ini. Allah sedang merancang sesuatu yang baik buatmu, Dik..

Sahabat itu, apabila diminta untuk diberi nasihat, maka hak dia ke atas Akak untuk memenuhinya. Jangan khuatir, Dik. Umy tak bersendirian.

Jangan sesekali berfikir untuk terus berhenti. Tapi, bersendirian dan bermuhasabahlah seketika. Carilah kekuatanmu kembali, Dik.. Kerana boleh saja Allah gantikan dengan kaum-kaum lain. Ingat peringatan dari Tuhan, Dik. Istighfarlah kembali.

Tersenyumlah dengan lebar-selebarnya. Banyakkan membaca buku-buku motivasi. Belajarlah untuk membuka diri. Banyakkan berdoa. Banyakkan bermuhasabah. 

Dah, takmau nangis-nangis dah. Senyum pulak, ok?"


++++++++


Express feeling. My bad. My worst. Huu.

Tapi, rupanya agak lega jugak kan kalau cuba juga try.

Heh.

:)

Thanks, Akak! Bagimu Syurga!







musolla-engine/2011.


lately, saya perasan..
ramai yang emosi tak berapa sihat.
kan?

moga kata-kata dan nasihat akak nie, 
mampu menyembuhkan kembali emosimu.

salam sayang selalu,
 ~umairah shafei.


No comments: