Aku hanya mahu secalit senyum,
Mewarna wajah letih, sayu,
..penat di dunia.
Aku hanya mahu miliki redha,
Pada saat keinginan tak terpenuh,
Dan, hati tak merela..
Aku hanya mahu punya taat,
Saat rela atau terpaksa,
Mudah atau payah,
Sihat atau sakit,
Tak punya alasan untuk tolak,
hanya terima semata-mata..
Aku hanya mahu menakluk ikhlas,
Pahala nantinya bukan debu,
Dan di sana, rehatku bermakna..
Benar-benar bermakna!
++++++++
Hahhh..
Saya selalu sangat letih. Mudah sangat letih. Hari ini, memang Allah uji. Minggu ini ujian dan tarbiyah dari Tuhan. Dan, saya sememangnya kalah.
K-A-L-A-H.
Saya belajar ikhlas.
Belajar taat.
Belajar ukhwah.
Belajar pengorbanan.
Dan belajar juga satu soalan,
"Kenapa jiwa-jiwa mukmin dulu begitu kental dan tak pernah kenal letih?"
Banyak jawapannya.
Cuma, yang paling saya rasa dekat di hati saat ini, ialah "kerehatan" pada saya itu sering menjadi kehendak dan keperluan. Tapi, kerehatan pada mereka hanyalah sebagai satu keperluan. Sekadar meraikan fitrah seorang manusia yang perlukan rehat.
Dan, mungkin juga mereka berpegang pada,
"Kalau kat dunia dah berehat lama-lama, kat Syurga nanti tak boleh dahla berehat lama-lama.. Nilai untuk rehat tu dah turun.."
Hmm.
Saya memang cuba aplikasi teori ni.
Bila letih selalu cuba-cuba cakap macam tu.
Tapi, kadang-kadang memanglah..
Hmmmm.. susahnya!
Dan kalau kepercayaan masih goyah,
Tahu-tahulah sebabnya datang dari mana.
Iman yang masih ternyata, LEMAH.
Ya Allah..
Moga Dia bantu.
Bersihkan hati. Luruskan niat. Betulkan amal.
Amin.
hasbi rabbi.
cukuplah Engkau..
cukuplah engkau di hatiku!
jangan benarkan yang lainnya.
:(
3 comments:
salam alaik umy...
bykkan bersabar ye my dear.... ;-)
wah...umy...ya,setiap hari pun letih kan?tp,ftn selalu fikir mcm ni...letih hr ni..ada hasil x?kalau ade hasil..letih tu akan hilang...tp kalau letih tanpa ada hasil..rasa ruginya hr yang berlalu tu...kan?
to dijah:
syukran jazilan ya ukhti.
Allah yubarik fik. :)
tp fatin:
t.ksh byk ftn ats nasihat nie.
mmg trsgt3 betul. :)
mg apa yg kita buat, kita amal,
sglanya Allah redha dan trima.
amin3 ya Rabb.
Post a Comment