Hadis yang dibaca tadi buat hati saya menangis.
Bila Allah sayangkan seseorang, Dia akan sibukkan orang itu dengan kerja-kerja akhirat. Dan, bila Dia murka, akan disibukkan seseorang dengan dunia. Demikian bunyi maksudnya.
Hati saya tengah kesat yang amat. Pertemuan dengan adik-adik pun terasa ada yang kurang. Roh tak sampai. Jiddiyah tak maksimum, macam saat pertama kali dulu. Saya tenang menyampaikan sesuatu dari hati. Biar maksud sampai. Niat lebih jernih. Kasih sayang teralir. Rasa percaya ada. Dan, sungguh-sungguh, pertemuan itu akan bermakna sampai hari-hari, dan minggu-minggu seterusnya.
Ikhlas mahu belajar. Memberi dan menerima. Tiada maksud lain.
Tapi..
Hmmh..
Mungkin. Mungkin hati ini kotor, tak dibersihkan, tak dicuci, hinggakan kekesatan itu begitu terasa sekali. Kebergantungan pada Allah itu ada, tapi rasa tak sepenuhnya. Iman rasa jatuh.
Mungkin saja mujahadah kurang. Atau saya yang tak melawan dengan sesungguhnya.
Ya Allah.
Mohon Dia selalu jaga hati, bersihkan hati, dari segala lorong ke arah maksiat. Walaupun sekadar pandangan. Walaupun sekadar lintasan fikiran. Walaupun sekadar bisikan dalaman. Walaupun sekadar angan-angan. Dan perbuatan yang menjauh serta lebih dari itu, mohon dijauhkan.
Kekesatan di hati menyebabkan roh itu samar-samar, tidak kukuh. Dan, jasad akan goyah. Kita akan mudah rasa letih, penat, malas, dan terdedah kepada kemaksiatan.
Ustaz kata, keimanan yang dalam dan mantap akan menumbuhkan istiqamah dalam amal, semangat yang tak putus dan sekerat-sekerat. Dan, iman itu datangnya dari mutabaah ibadah yang meningkat dan terus meningkat.
Jadilah orang yang dipilih Allah. Bukan untuk dipilih kerana pangkat, tapi redha Allah yang kita cari.
Merendahlah duhai hati.
Bina imanmu, beramal dengannya, dan istiqamahlah.
Ya Allah..
Ya Allah..
Ya Allah..
Ya Allah..
:’(
Dan betullah. Kita perlu selalu pada tazkiyatunnafs. Kerap, kerap, dan kerap. Kerana satu-satu majlis belum tentu mampu mengubah rasa hati. Sampailah ada yang benar-benar cocok, dan kita jadi insaf serta bertaubat.
refresh.
1 comment:
copy ayat umy:)
Post a Comment