Sudah kali ke berapa, mata bertemu ayat 26, Surah An-Nur. Banyak kali diperdengarkan. Tambah-tambah waktu zaman matrik dulu. Topik ini memang hangat sungguhlah. Dan dalam berkali-kali itu, yakin itu tidak seteguh saat ini.
Huuu.. lain pula rasanya saat ini. Stigma, pemikiran, mentaliti..
Rasa malu pulak terkenang waktu dulu-dulu. Jahil betul.
Heshh.
Bila difikir-fikirkan balik, memang sangat betul. Bahawa seiring dengan usia dan pengalaman, bila kita dikurniakan ilmu, dan direzekikan kefahaman, maka keimanan dan keyakinan seseorang akan berubah. Ilmu dan kefahaman itu menjadikan seseorang lebih bertambah imannya. Lebih meningkat keyakinannya.
Berbekalkan inspirasi dari talk Dr. Har dalam Women Issues Khamis lepas, topik perbualan kami yang mulanya santai bergelak ketawa, tiba-tiba berubah. Terbangkit isu ini pula.
Serius.
"Dik, kita tak pernah tau at-thoyyibin itu macam mana. Tahan sajalah seorang lelaki kat jalan mana pun, even dia kata dia itu at-thoyyibin, kita masih lagi tak tau kesahihannya. Hanya Allah saja yang tau. Dan, tak ada cara lain untuk mendapatkan at-thoyyibin, melainkan berusaha menjadi dalam kalangan at-thoiyyibat. Itu janji Allah. Tak dinafikan dan semestinya, janjiNya pasti dan benar."
Dia yang akan lorongkan kita pada cinta Allah. Perjelaskan tujuan dan matlamat hidup sebab apa, dan kenapa. Dan, bantu kita menempuh jalan-jalan menuju matlamat itu. Percaya dan menerima diri seadanya. Membantu dan mendidik untuk menjadi perempuan yang selayaknya dan sebenarnya perempuan.
"That's adik punya at-thoyyib! Selamat menjadi at-thoyyibah dik! Dan..banyakkan berdoa ok. He knows best. Hehe."
______
*at-thoyyibat: perempuan-perempuan yang baik.
*at-thoyyibin: lelaki-lelaki yang baik.
library.
1042.
1 comment:
Baru reread mawar berduri, umy tulis post ni. ^^ Doakan ye...
Post a Comment